Wednesday, September 02, 2009

Nasi Impit & Sambal Kacang - updated

Buat sedikit nasi impit sebagai pengganti nasi....memang mengenyangkan. Actually, menu berbuka semalam tak masak nasik dan lauk pun...saja je nak tukar angin...jangan hilang arah, udah ler...huhu...


Sebagai memenuhi permintaan pembaca, di sini dayang sertakan resepi kuah kacangnya yer. Selamat mencuba!

Bahan-bahan :
  • 300 gm kacang tanah (digoreng dan dikisar kasar)
  • 5 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 batang serai*
  • 1/2 inci halia *
  • 3 cm lengkuas*
  • 1/2 inci belacan bakar
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 5 sudu makan cili kering kisar (boleh tambah/kurang ikut suka)
  • 2 sudu makan gula merah
  • garam dan gula pasir (mengikut citarasa)
  • air secukupnya
Cara-cara :
  1. Kisar bahan2 bertanda *.
  2. Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis bahan2 kisar, cili kering dan serai hingga wangi.
  3. Masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit diselang selikan dgn air. Masak menggunakan api sederhana.
  4. Masukkan gula merah, garam dan gula pasir secukupnya.
  5. Setelah masak, hidangkan bersama nasi impit.
***Untuk mengelak kuah menjadi pekat dan kembang, jgn memasukkan kesemua kacang tanah pd satu masa.

2 comments:

ain said...

sedapnyaaaa!!!! klu ada serunding pun sedap gak kan..??

dayang_jack said...

huhu...tq2...btl tu...kalo ade serunding pun sedap...