Friday, September 04, 2009

Nasi Ayam III

Dah banyak kali gak masak nasi ayam ni. Semalam buat lagi atas permintaan anak2. Apalagi...dayang cukup seronoklah..tak payah nak fikir lauk lain dah...nasi ayam ni pun dah cukup lengkap satu set. Yang bestnya, anak2 pun suka makan timun, tomato n salad sampai habis...memang berbaloi sgt2...

Resepi nasi ayam ni macam biasa ikut resepi yg sebelum ni...kalau nak cuba, boleh refer kat Sini. Cuma utk ayam nasi ayam ni pula dayang sertakan resepinya di bawah ini. Selamat mencuba yer...

Apa2pun kita layan je lah dulu gambar2nya....


Bahan-bahan untuk Ayam :
  • 1 ekor ayam sederhana (dipotong ikut suka dan dibersihkan)
  • 1 sudu makan lada putih
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos lada hitam
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • garam dan gula secukupnya
  • sedikit sos cili dan sos tomato
Cara-cara : Rebus ayam separuh masak dan tuskan airnya (utk ditanak bersama nasi dan dibuat sup). Kemudian perapkan ayam bersama bahan2 di atas selama 1 jam atau lebih sebelum digoreng.

1 comment:

Our Journey to New Episode of Life said...

sis....camna nak buat ayam nasi ayam nie....sedapnya...tq