Wednesday, November 16, 2011

Siakap Bakar Tomyam


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya...

Alhamdulillah, sekali lagi DapurKu SaYang dpt bersiaran semula biarpun agak lemau sedikit sejak dua menjak ni. Dah cas bateri pun msh 'weak' gak. Nak kata dah 'kong', tak jugak. Tapi tu lah kan...dah musim agaknya atau mungkin gak musim berblogging sudah hampir ke penghujungnya...wallualam bi sawab..

Sebelum terlupa, DJ ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd semua pengunjung tak kiralah yg lama, yg baru atau yg setia dgn DapurKu SaYang, krn sudi datang melawat ke sini. Harap diampun byk2 ye sekiranya terdapat komen2 yg x sempat DJ balas buat masa ni memandangkan ada internet problem. Itulah satu faktor yg membuatkan DJ semakin lemau utk menulis entri. Kurang bersemangat jadinya. Nak update satu entry pun mengambil masa berjam2 lamanya...sedih tau...kdg2 DJ bimbang gak sekiranya ada yg x puas hati atau berkecil hati sekiranya komen x terbalas. Untuk pengetahuan semua, DJ mmg baca komen2 tu ye tp kdg2 tak dpt reply sb line asyik putus je memanjang sjk guna Celcom ni. Maklumlah duduk dlm hutan, coverage taklah seluas mana pun. Mcm duduk kat hujung dunia pulak...hehe. Harap2 fahamlah ye. 

Ok, balik ke pangkal jalan....hehe. Hari ni, DJ nak kongsikan satu resepi ikan bakar tomyam yg sungguh sedap. Dah lama sebenarnya teringin nk buat, sana sini orang lain dah mencuba resepi ni. Mas, k.Zai, Noorsha..ermm...siapa lg eh...k. Nor n k. Ina KL pun dah buat gak kan?...kalau belum, sila2lah cuba. Sedap sgt resepi ni. Antara yg menepati selera DJ selain Siakap Bakar Berempah Harum. Memang semerbak harumnya dalam rmh dan sampai menyinggah ke rumah jiran...hehe. Mcm biasalah, DJ kalau part2 nk bakar ikan ni, DJ pasti akan tumis dulu bahan2 perencahnya. Biar 2 kali ganda naik harumnya. Dah biasa buat mcm tu...Apa2pun resepi ni mmg best dan tak rugi dicuba. Ooopps! terlupa plak, kak Ummi Kuantan pun pernah cuba resepi ni...hmm...rasa2 ramai lagilah yg tlh mencubanya. DJ ni je yg selalu ketinggalan...ekeke.

dalam keterujaan dan ketergesaan...terlupa pulak nk letak tomato...ishh2x...

Kpd Yatie, terima kasih ye kerana secara x langsung menggoda DJ utk mencuba resepi ni dan kredit juga buat kak Liza kerana sudi berkongsi resepi yg sudah semestinya sedap. DJ kopipes resepi dr dapur Yatie utk dikongsikan di sini ye. Terima kasih juga kpd yg lain sb mempromosikan resepi sedap ni kpd   semua pembaca di alam maya.

Kepada yg berminat, bolehlah cuba. TQ ^___^

Siakap Bakar Tomyam
Resepi : Chef Hanieliza

Bahan A :
  • 1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 5 helai daun limau purut 
  • 1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
  • 1 biji tomato (potong 6)
  • Aluminium foil

Bahan B : (semua bahan ini DJ kisar halus bersama 2 helai daun limau purut)
  • 2 tangkai cili merah
  • 5 biji cili api - nak pedas letak lebih
  • 3 batang serai
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit gula dan fish sos

Cara membuatnya :
  1. Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin.
  2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
  3. Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit atau sehingga masak.. Boleh juga di bakar di dlm oven.
  4. Perahkan limau semasa menghidang.
***DJ tumis bahan-bahan kisar terlebih dahulu sebelum digaul-gaulkan bersama ikan.

Tuesday, November 15, 2011

Nasi Impit, Kuah Kacang dan Rendang Daging Cili Api

Menu tertunggak lagi....apa2pun layan jelah ye. Kuah kacang versi ni mmg tak rugi dicuba. Sangat2 menepati selera DJ sekeluarga. Resepi dah ada sebelum ni tapi oleh kerana rajin, DJ kopipes semula. ^__^

Kuah Kacang Versi III
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 500 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dikisar)
  • 2 1/2 senduk cili giling (Cap Puteri) +/- 
  • gula melaka @ gula pasir @ gula apong secukupnya
  • 2 batang serai (diketuk)
  • minyak masak (lebihkan sedikit)
  • air secukupnya
  • 4 biji buah keras (ditumbuk hancur) - optional
bahan-bahan kisar:
  • 2 batang serai
  • 10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
Cara-cara :
  1. Satukan kacang tanah bersama air secukupnya di dalam periuk dan jerangkan dengan menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau perlahan-lahan supaya ia tidak berketul-ketul. Jangan risau jika terlebih air dan nampak cair. Biarkan ia masak lebih lama (tetapi sentiasa dikacau). Kuah itu sendiri akan menjadi pekat (tetapi tidak kembang). Apabila sudah mendidih dan kelihatan pekat, tutupkan apinya sebentar.
  2. Sementara itu, tumis bahan-bahan kisar bersama serai hingga terbit bau. Kemudian masukkan cili giling diikuti buah keras(jika suka). Tumis lagi hingga pecah minyak. Setelah masak, tutupkan api.
  3. Kemudian bahan-bahan tumis tadi dimasukkan ke dalam periuk kuah kacang. Masukkan juga gula dan garam secukup rasa.
  4. Nyalakan semula apinya dengan menggunakan api kecil. Kacau perlahan-lahan hingga nampak sebati dan mesra. Masak lama sedikit hingga keluar minyak. 
  5. Setelah itu tutupkan api. Bolehlah dihidangkan panas-panas bersama satay, nasi impit, rendang dan sebagainya.
  • jika menggunakan cili giling Cap Puteri, tidak perlu letak air asam jawa dan garam yang banyak. 
  • kuah kacang ini boleh bertahan 2-3 hari tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk tetapi sentiasa dipanaskan sedikit agar kuahnya maintain sedap.
  • boleh juga dimasukkan udang kering yang telah dikisar/ditumbuk halus semasa menumis bahan jika suka (kdg2 DJ letak)
Ini pulak buah hati pengarang jantung....kalau tak ada teman, tak lengkaplah nasi impitku...hehe. Tapi kalau ada nasi lemak lagilah best kan....

Resepi yg mudah je. Tak perlu guna bawang. But i like it a lot. Senang kerja. Buat ikut versi sendiri je ni.  Janji sedaaappp!

Rendang Daging Cili Api
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • sekilo daging lembu (dipotong kiub)
  • segenggam atau lebih cili api (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • sedikit kunyit hidup (dikisar)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • santan secukupnya
  • kerisik secukupnya
  • gula melaka/gula pasir
  • garam
  • air asam jawa
  • 3 helai daun limau purut
  • sedikit daun kunyit (diracik)
Cara-cara :
  1. Rebuskan daging bersama sedikit air hingga kering. 
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan serai. Gaul-gaulkan dan kemudian masukkan air secukupnya. Kacau lagi sebati dan masak hingga daging hampir empuk.
  3. Masukkan santan, garam, gula, daun limau purut dan daun kunyit. Kacau lagi. Dan akhir sekali masukkan air asam jawa dan kerisik. Kacau lagi dengan menggunakan api perlahan.
  4. Masak hingga kuahnya kering atau ikutlah selera masing-masing.
  5. Setelah masak, bolehlah dihidangkan bersama nasi impit, nasi lemak dan sebagainya.