Wednesday, November 16, 2011

Siakap Bakar Tomyam


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya...

Alhamdulillah, sekali lagi DapurKu SaYang dpt bersiaran semula biarpun agak lemau sedikit sejak dua menjak ni. Dah cas bateri pun msh 'weak' gak. Nak kata dah 'kong', tak jugak. Tapi tu lah kan...dah musim agaknya atau mungkin gak musim berblogging sudah hampir ke penghujungnya...wallualam bi sawab..

Sebelum terlupa, DJ ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd semua pengunjung tak kiralah yg lama, yg baru atau yg setia dgn DapurKu SaYang, krn sudi datang melawat ke sini. Harap diampun byk2 ye sekiranya terdapat komen2 yg x sempat DJ balas buat masa ni memandangkan ada internet problem. Itulah satu faktor yg membuatkan DJ semakin lemau utk menulis entri. Kurang bersemangat jadinya. Nak update satu entry pun mengambil masa berjam2 lamanya...sedih tau...kdg2 DJ bimbang gak sekiranya ada yg x puas hati atau berkecil hati sekiranya komen x terbalas. Untuk pengetahuan semua, DJ mmg baca komen2 tu ye tp kdg2 tak dpt reply sb line asyik putus je memanjang sjk guna Celcom ni. Maklumlah duduk dlm hutan, coverage taklah seluas mana pun. Mcm duduk kat hujung dunia pulak...hehe. Harap2 fahamlah ye. 

Ok, balik ke pangkal jalan....hehe. Hari ni, DJ nak kongsikan satu resepi ikan bakar tomyam yg sungguh sedap. Dah lama sebenarnya teringin nk buat, sana sini orang lain dah mencuba resepi ni. Mas, k.Zai, Noorsha..ermm...siapa lg eh...k. Nor n k. Ina KL pun dah buat gak kan?...kalau belum, sila2lah cuba. Sedap sgt resepi ni. Antara yg menepati selera DJ selain Siakap Bakar Berempah Harum. Memang semerbak harumnya dalam rmh dan sampai menyinggah ke rumah jiran...hehe. Mcm biasalah, DJ kalau part2 nk bakar ikan ni, DJ pasti akan tumis dulu bahan2 perencahnya. Biar 2 kali ganda naik harumnya. Dah biasa buat mcm tu...Apa2pun resepi ni mmg best dan tak rugi dicuba. Ooopps! terlupa plak, kak Ummi Kuantan pun pernah cuba resepi ni...hmm...rasa2 ramai lagilah yg tlh mencubanya. DJ ni je yg selalu ketinggalan...ekeke.

dalam keterujaan dan ketergesaan...terlupa pulak nk letak tomato...ishh2x...

Kpd Yatie, terima kasih ye kerana secara x langsung menggoda DJ utk mencuba resepi ni dan kredit juga buat kak Liza kerana sudi berkongsi resepi yg sudah semestinya sedap. DJ kopipes resepi dr dapur Yatie utk dikongsikan di sini ye. Terima kasih juga kpd yg lain sb mempromosikan resepi sedap ni kpd   semua pembaca di alam maya.

Kepada yg berminat, bolehlah cuba. TQ ^___^

Siakap Bakar Tomyam
Resepi : Chef Hanieliza

Bahan A :
  • 1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 5 helai daun limau purut 
  • 1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
  • 1 biji tomato (potong 6)
  • Aluminium foil

Bahan B : (semua bahan ini DJ kisar halus bersama 2 helai daun limau purut)
  • 2 tangkai cili merah
  • 5 biji cili api - nak pedas letak lebih
  • 3 batang serai
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit gula dan fish sos

Cara membuatnya :
  1. Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin.
  2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
  3. Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit atau sehingga masak.. Boleh juga di bakar di dlm oven.
  4. Perahkan limau semasa menghidang.
***DJ tumis bahan-bahan kisar terlebih dahulu sebelum digaul-gaulkan bersama ikan.

17 comments:

Amie said...

Assalamualaikum,
kita datang awal ni...mesti masih panas lagi ikan siakap tu...mmmm sungguh menyelerakan! limau kasturi tu terus buat kita ngences!

DjDayang Jack said...

@Amie
w'salam...

langkah kanan...heheh...mailah kte makan ramai2...lagi best kan...hehe.
Alhamdulillah..mmg sedap resepi ni...bahan2 pun simple je. :)

Ummi said...

Uwaaaaaaaaaaaaaa..apasai nama akak xda dik Dayang oiii...uwaaaa, rajuksss laaa... mesti x abis selongkar ni...hahahhahaha... Apapun, kena hantar kat akak sekerat ikan tu..sbb dah lama sgt buat dulu...hehehe

Sue @ Nenie said...

Salam Kak..ohhh sedapnya....Betul tu Kak Amie, limau kasturi tu kalau perah sebelum makan ikan ni...fuhhhhhh sedap ni....

Kak Dayaaannggggg,....tak tahan betul tengok ikan ni....

CT Delima said...

As'salam Dayang

Perghh..sakit2 pala tengok siakap bako tomyam ni terus hilang sakit..hehehe. buat kecur jer lah dayang ni, nak2 bila tengok ada asam limau tu. lagi lah telan2 air lur jer ni..huhu

Anonymous said...

Assalam DJ...perghh...sedapnyerrr....tgk gmbr sudah tergoda...zila66

Yatie said...

fuhhhhh mengancam sungguh siakap bakar tomyam ni....terus lapar lerrrrrr....

rahel said...

Selamat petang Kak DJ
waa sedapnye ikan siakap bakar tu..emm mkn ngan nasi putih pun ngam sangat..
Oh ya Kak DJ,mekasih utk resepi roti arab tu ek..sedap banget..Rahel dah buat dah..ijinkan Rahel share link resepiroti arab tu ek? mekasih.

cik cek said...

Bestnya menu ni...sedapnya...:D

Unknown said...

sedapnya tgk ikan dok berposing tu kak...memang sedap la...dah pernah buat yg versi ayam yg ikan ni lum buat lagi tapi harus dicuba ni..:)

Junie Octovian said...

I've tried this masa bulan puasa lepas. Memang dahsyat...pengsan kata Mat Gebu pun.

Anonymous said...

nyum, tima kasih share resepi, mmg niat nak buat tapi lupa kat mana ada tgk resepi ni =)

AZ said...

waaa sangat2 sedap niii...tgk gambar yg tak tahan nih...sungguh MENGGODA u

ady said...

as-salam dayang
terliur je Ady tngk siakap bakar tomyam ni.. sedap mkn dgn nasi panas2..

liemaopurut a.k.a ana said...

salam dayang,
sedap sungguh ikaan bakar tomyam nih.

Sheery Dream Cakes said...

akak...
menyelerakan sungguh ikan bakar tomyam tu akak... geram diana tgk tau... dah lama x buat ikan bakar mcm nie.. sedaaapnyaaa nie

kakza said...

Salam ...

Sudahpun dicuba... memang sedap dimakan panas2 dalam musim hujan ni... next time guna ikan lain boleh juga kan....bawal dan kembong macam sedap juga...terimakasih.