Sunday, March 20, 2011

Siakap Bakar Berempah Harum

Memang mengasyikkan makan siakap berempah nih... Nasib baiklah tak bertambah nasik. Kalau tidak, habislah....hehe. Ikan siakap ni bukan shj sedap dikukus, tapi kalau dibakar pun sedap tau. Resepi ikut stok dan ikut selera. Alhamdulillah....mmg puas hati...

Minta maaflah yer jika gambar terlampau terang. Lepas shoot tak ada adjust2, terus masuk frame dan upload. 


Siakap Bakar Berempah Harum

bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
  • 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
  • 2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
  • 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • sedikit belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit air
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api. 
  2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
  3. Kemudian bakar ikan sehingga masak.
  4. Setelah masak, hidangkan. Boleh juga diperahkan sedikit dengan jus limau kasturi/limau nipis jika suka. Memang berbaloi...

11 comments:

K.Nor said...

save dulu ya.. tq hehe

Mas said...

mas suka jenis2 ikan bakar ni...
tengok bebahan tu jer dah tahu sedapp..he..he..
mas pun save dulu resepi ni...

Sofea said...

uikk mesti sedap ni..tgk pun dh tau sedap...mesti buattt...thanks dayang! ;)

DJ Dayang said...

@K.Nor
ok kak...no problem... :)

DJ Dayang said...

@Mas

jgn lupe buat tu, mas. mmg tak rugi dicube. tq

DJ Dayang said...

@Sofea
u're welcome. InsyaAllah. selamat mencube yer. tq

Zaliedana said...

Kak dayang,nampak cam sedap jer,lam peti da ikn kerapu,kalo kerapu pong blh kut kak..Amk resepi dulu,bila nak try tuh blakang kira kan kak,ngee..

maz said...

salam kakkk..kita dah buat lgi kek glung kasih akak tu..kli ni wak utk msk sdri lak..hehee..cdp la kak weii..will keep ur rspi..mceh kak..muahhh..

Lelord said...

sedapnyaaaa

Anonymous said...

Hai Dayang, saya dah pun mencuba resepi nie. Ummphhh mejilat jari

Anonymous said...

salam,

nak bakar ikan tuh bape lama?