Monday, September 06, 2010

Ikan Masak Madras

Salam....
Yuhuuuu!!...i'm backkkk!!!...tapi skjp jer...lps ni hilang balik...hehehe...alahaiii....belum apa2 lagi dah bersawang dah rumah nih...malas sungguh nk mengemas!..huhu...

Sebelum tu nak bg tau awal2 ni yer...starting lusa, kita takkan bersiaran dah yer. Tuan rumah nak  balik serta beraya ke kampung suami selama beberapa hari. Maklumlah kan, kalau kat kampung ni line internet agak slow atau tak ada langsung...mmg payah sikitlah nak jenguk serta update blog. Apa2pun, nak bawak gaklah laptop ni ke sana, mana tau ler kan, kot2 dapat...hehe.

Oklah, panjang lak intro nya...meh lah layan resepi ikan madras nih...menu semalam yg sempat diambik gambarnya...rugi pulak  kalau tak dikongsikan resepinya di sini sb masakan style gini sesungguhnya amat2 menyelerakan!..si princess kata sedaaapppp!!! nasik dah habis pun masih lg meratah ikan ni. Itupun tak cukup padahal seketul tu besar gak saiznya tau. Menyesal pulak tak masak sekor...hehe. Sebenarnya, bukan apa, semalam mr hubby bagi tau jgn masak byk2 sb dia nak berbuka kat luar dgn member2nya..so, dyg masak ala kadar jer ler ikan ni utk kami anak beranak. selain tu, ada ketam masak merah lagi..hehe. Masak banyak2 takut membazir pulak kan.Tup2 lepas berbuka tu, hubby balik nak makan nasik...aikk!..nasib baiklah ikan ni msh ada tinggal 2 ketul..kalau tak, mmg rugilah tak merasa...hehe...begitulah ceritanya....

Apa2pun, resepi ni mmg best!!!...siapa nak cuba, silakan yer. Buat utk hari raya pun best. Paling sedap guna ikan tenggiri bunga. Tapi time nak menggoreng ikan tu, janganlah goreng terlalu lama, nanti kurang sedap lak rasanya. Selamat mencuba yer. Nanti kalau sempat dyg tayang gambar kukis lak. Tengahari nanti nak keluar 'shopping' dulu.


Ikan Masak Madras (my style)

Bahan-bahan :

Bahan A :
  • 5-6 ketul ikan tenggiri 
  • 1/2 sudu makan serbuk cili (-/+)
  • 1 sudu makan tepung goreng serbaguna
  • sedikit garam
  • 1 sudu makan jus limau kasturi/air asam jawa
Bahan B:
  • 5 biji cili merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/2 inci halia (dihiris)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 cawan plain yogurt
  • 2 sb serbuk kari ikan
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • sedikit bendi
  • tomato (dibelah 4)
  • 2 tangkai cili hijau (dipotong menyerong atau dibelah 2)
  • 1 tangkai cili merah (dipotong menyerong atau dibelah 2)
  • garam dan gula
Cara-cara :
  1. Bahan A : Gaulkan ikan bersama bahan2nya dan gorenglah hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Bahan B : Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari hingga naik bau. Sementara itu, bancuhkan serbuk kari bersama jintan manis dan jintan putih dgn sedikit air. Kemudian, masukkan ke dalam bahan tumisan tadi. Biar sampai pecah minyak. Barulah dimasukkan yogurt dan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih sebentar. Masukkan ikan, bendi, cili hijau dan cili merah. Masak lagi dlm 5-7 minit. Perasakan dgn garam dan gula. Akhir sekali masukkan tomato. (boleh perahkan sedikit jus limau nipis jika suka). Setelah kuahnya agak pekat, tutupkan api. 
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa2 shj nasi mengikut pilihan.
***kalau tak ada stok yogurt, bolehlah digantikan dgn 1 cawan susu segar + 2 sb jus lemon (bancuhkan).

Terima kasih atas kunjungan anda dan terima kasih juga atas kesudian mencuba resepi2 di sini. DJ memohon maaf sekiranya tanpa disedari atau terlepas pandang, terdapat kesalahan ejaan atau bahasa dlm penulisan resepi yg mungkin agak mengelirukan pembaca. harap maaf sekali lagi. Maklumlah kan, kadang2 tu nak cepat kan, ada kerja lain nak buat.. so, nak menaip pun nak kena cepat2 sampai tak sempat nak edit...hehe.

No comments: