Masih ingatkah lagi Kek Lapis Alwani yg pernah dyg buat tahun lepas?? Di sini yer linknya. Ramai yg dah mencuba resepi kek ni…berbanyak2 terima kasih dyg ucapkan kpd yg telah sudi mencuba dan bersusah payah menghantar report ke myresipi.com. Kalau tak silap org pertama mencuba resepi ni ialah Puan Hana….tq….lebiuuu!!!....psstt! tak teringin ker nak buat lagiii???...hehe…
Beberapa hari lepas, ‘feel’ nak mengukus kek ni tiba2 datang….agaknya dah lama sgt tak buatlah kot…teringat pulak tentang kesedapan kek Alwani ni….terus jer bersemangat nak buat lagi….kali ni guna mentega kerana kehabisan marjerin….sebenarnya, utk kek ni dyg prefer guna marjerin berbanding mentega sb dyg suka teksturnya yg agak lembut dan basah. Tapi rasanya tetap sama jika menggunakan kedua2 bahan ini. Kalau orang kata kek ni mcm kek lapis Sarawak yg lain, bagi dyg pulak, kek ni ada keunikannya tersendiri. Apa2pun terpulanglah pd penilaian masing2. Alhamdulillah…dyg bersyukur sb ramai yg memberi komen yg positif dan juga kritikan membina. Terima kasih sekali lagi.
Warna kek ni sebenarnya lebih cerah daripada dalam gambar..tak tau kenapa mcm blur jer ni....
Kek ni macam biasa, dikukus dgn menggunakan Loyang 6 inci mengikut saiz keluarga. Buat byk2 pun takut membazir pulak nanti. Sekadar buat utk minum petang, bolehlah tu. Lagipun, masa mengukusnya taklah lama sgt. Hanya buat 3 kali lapis, dah siap. Tapi berhati-hati yer….pastikan lapisannya betul2 dah tak cair, barulah dimasukkan adunan seterusnya. Ini utk mempastikan lapisannya sekata dan tak berombak-ombak. Penggunaan kismis pulak, jika menggunakan kismis hitam yg saiznya agak besar dan berat, dyg cadangkan supaya ia dihiris2 terlebih dahulu supaya apabila ditabur, adunan kek sentiasa ringan serta naik dgn sekata. Jika tidak, lapisan kek akan terjejas. Memadailah menggunakan kismis dgn kuantiti yg sedikit seperti yg ada dalam gambar. Jika tiada stok kismis, boleh juga menggunakan kepingan asam manis/hawflakes atau hirisan red dates. Selebihnya, ikut bahan2 serta langkah2 yg ada pada resepi. Cuma nak tentukan masa kek tu masak bergantung pd saiz serta jenis loyang dan pengukus yg digunakan.
Kepada yg belum pernah mencuba dan teringin nak cuba kek lapis kukus Sarawak, inilah antara kek lapis kukus yg paling basic utk anda pelajari. Memang senang sangat nak buat dan rasanya sungguh sedap serta tak muak. Selamat mencuba!
Bahan-bahan : Loyang 6 inci
- 1 cawan tepung gandum
- 1/3 cawan horlicks
- 5 biji telur A (pada suhu bilik)
- 200 g marjerin (mentega pun boleh)
- 1/2 cawan gula halus
- 1/3 cawan susu pekat manis
- kismis hitam secukupnya (dihiris)
- 1 sdt esen vanilla
- pewarna hijau, merah dan kuning/oren
- Sediakan pengukus. Panaskan airnya. Sediakan loyang. Lengserkan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
- Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
- Pukul marjerin/mentega dgn gula sehingga kembang dan putih. (high speed)
- Masukkan telur satu demi satu sambil diputar. (low speed)
- Masukkan susu pekat dan putar lagi. (low speed)
- Masukkan tepung dan putar hingga sebati. (low speed)
- Masukkan esen vanilla. Ratakan.
- Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Warnakan merah, hijau dan oren.
- Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit atau hingga dah tak cair.
- Ulangi langkah 10 utk lapisan hijau atau oren. Kukus selama 15 minit atau hingga dah tak cair.
- Akhir sekali tuangkan lapisan seterusnya dan taburkan kismis. Kukus sehingga betul2 masak.
6 comments:
Salam Pengenalan. Nama saya dayang jugak tp bukan orang Sarawak. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu. Moga ianya mengekalkan ukhuwah sesama muslim.
>>fuzidss
Salam kenal dan trm ksh krn sudi singgah ke sini. Terima kasih juga atas penghargaan dayang (sama lak nama kte yer...hehe)...sama2lah yer kte berkongsi ilmu utk sama2 memajukan diri selain menjalinkan hubungan yg baik sesama insan...tq
moga terjalin ikatan ikhuwah antara kita ya.. Terima kasih kembali
sama2...mudah2an lah kan... ;)
dayang, kak iza buat lg kek ni dah kali ke bape tak tau. mmg sedap walau tak letak kismis.
nak mintak izin bagi resepi kat member yer. thanks a lot.
kak!
mmg best kek nih
atie try buat semalam
trm kasih ye:)
http://nicemamaforever.blogspot.com/2011/02/kek-lapis-alwani.html
Post a Comment