Wednesday, August 10, 2011

Kek Lapis Alwani Kukus (Versi II)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

hmmm...entri ni sepatutnya dah publish smlm lagi tp atas sebab2 tertentu termasuklah line internet yg skjp ok skjp tak, maka terpaksalah ditangguhkan dulu tayangannya. Pastinya ada yg x sabar menanti tuu...hehe. Sebenarnya lps kejadian smlm tu, DJ terus hilang idea nk present entri ni. Mood jd x stabil plak...geram pun ada....nasib baik x meroyan...hihik. .tp skrg dah ok dah...

Kpd pengikut2 yg sentiasa setia bersama DJ sjk dari tahun 2009 lg pastinya msh ingat lagi ttg kewujudan kek Lapis Alwani ni kan. Ramai juga yg telah mencuba resepi kek yg mudah ni. Terima kasih semuanya.
Version lama ada di SINI. Atau nk singgah ke MYR pun boleh. KLIK DI SINI.

Kali ni DJ buat versi barunya plak. Namun tetap sesedap versi lamanya. Cuma tak letak kismis jelah. Bahan-bahannya ringkas dan senang je nk buat. Kiranya kek lapis kukus yg asas la kan. Yg baru nk belajar buat kek kukus tu sila2lah cuba resepi ni yer. Ringkas, mudah dan sgt sedap.  Rasanya ala2 kek kukus keju pun ada. Bolehlah buat utk raya...hehe. 

Dari segi penggunaan butter plak, gunakanlah butter yg berkualiti tinggi spt SCS utk mendapatkan tekstur kek yg lbh sedap dan lembut.

Jom semak resepinya. Kek ni bersaiz kecil yer. Tak perlu dibuat 1/2 adunan dah. Kalau nk buat yg bersaiz besar, gandakan bahan-bahannya.

Kek Lapis Alwani Kukus (Versi II)
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan : loyang 6 inci
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk horlicks
  • 5 biji telur A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 220 g mentega berkualiti (DJ guna SCS)
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • pewarna kuning, merah jambu dan hijau (DJ guna pes pandan + pewarna hijau)
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Sediakan loyang berukuran 6 inci. Lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. (Seelok-eloknya alaskan loyang dengan kertas serap minyak)
  2. Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas yang agak besar. Ketepikan.
  3. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan putih.
  4. Masukkan telur sebiji dan putar dengan kelajuan minima. Masukkan lagi sebiji telur dan putar lagi. Ulangi sehingga habis. 
  5. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
  6. Masukkan susu pekat dan putar lagi.
  7. Masukkan tepung dan diadun sekata. 
  8. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan merah jambu, hijau dan kuning. Kemudian setiap bahagian ini dibahagi lagi dua. (Kalau nak buat 3 lapis jer pun ok)
  9. Tuangkan adunan hijau ke dalam loyang terlebih dahulu. Kemudian, tutuplah loyang dengan kertas foil. Kukus selama 3-5 minit atau sehingga adunan dah tak cair.
  10. Tuangkan untuk lapisan kedua iaitu adunan kuning. Ratakan. Kukuslah lagi hingga dah tak cair. 
  11. Akhir sekali tuangkan lapisan merah jambu. Ulangi proses hingga habis.
  12. Untuk lapisan terakhir, sila kukus selama 30-40 minit atau sehingga kek masak sempurna.
  13. Sejukkan kek sebelum dipotong.
***Sukatan menggunakan cawan metrik. Boleh juga menggunakan cawan yg boleh muat 250 ml air. 

Kebanyakan kek lapis versi Srwk ni tak memerlukan bahan penaik/baking powder. Itulah keunikannya. Kalau nk letak gak, hasilnya tak samalah spt dlm gambar ni....hehe. 

19 comments:

laskar pelangi said...

wahhhh! terasa nak wat ;))

tun_telani said...

waaaa~~ cantik! cantik! nk wat utk raya laa.. tq kak! ^^

nor64 said...

Dayang,
terpegun akak tgk kek ni..masuk list dulu ya...thanks..

HaSue said...

Betul2x..rata2 kek lapis ori nang x ngkah serbuk penaik..
n ur cake look so yummy!rasa mok gigit skrin nangga gamba last ya!

Ida,Japan said...

sgt2 cun kek ini DJ...tergoda la

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
cantiknya kek lapis nie akak.... mengancam... tergoda tgknya... cantiiik!!

Yat Maria said...

DJ...

ai dah cuba yg lama gak..memang sodap & mudah gak nak buat...thanks for sharing!

DJ Dayang said...

@laskar pelangi

silakan yer. selamat mencube...tq :)

DJ Dayang said...

@tun_telani

Terima kasih. Nak buat skrg pun xpe...heheh. Slmt mencube... :)

DJ Dayang said...

@nor64

u're welcome. InsyaAllah, sedap. Slmt mencube! :)

DJ Dayang said...

@HaSue
erkk..jgn gigit skrin indah...klak majuk celcom klak...eh, apa kaitan..ngeee

yalah koh, mun sik dipadah gia, klak ada yg ngutuk2 lagik klak kenak kek sik makey bp...haha. maybe baruk kalak dgr kali kek lapis kita nun sik makey bp...hihik

DJ Dayang said...

@Ida,Japan
tqqqqqqq....Alhamdulillah...
kek ni kek lapis simple jer. Sudi2kanlah mencube resepinya yer. thanks again :)

DJ Dayang said...

@Diana @ Melley Mey

w'salam diana...

thanks the compliment. Kalau diana buat lg mengancam kek ni...btl, serius akak ckp. Tangan berseni katakan....hehe

DJ Dayang said...

@Yat Maria

a'ah, msh ingat lg..hehe. thanks yer Yat. Kek ni mmg sedap.

aesh came said...

lovely nye kek lapis itu! huhu klu rajin nak je buat~

Wanieyra said...

Salam kak...teringinnya nak makan!1!

inahar ali said...

salam rindu DJ..wah kek alwani ni dr zaman bakar akak simpan resipi sampai versi kukus lak..adeehh..x juga wat..hehe!! nmpak gaya msk list utk raya la..selamat berbuka pose ye dj!

Watierman, rmanbkr said...

Assalam DJ Akak datang godek2 resepi ni....buat kek untuk harijadi Reena ...mohon halalkan resepinya dan terima kasih banyak2 Akak ucapkan....sebab memang Akak dah jatuh cinta dengan resepi ni...TQ ya!

dayang Citra said...

Assalamualaikum

Best,mok minta resepi kitak.Mak kamek memang sik suka baking powder.Cute gan simple kek kitak..