Tuesday, February 08, 2011

Nasi Impit Kuah Kacang

Petang semalam DJ buat kuah kacang sb nak makan bersama nasi impit dan roti gardenia. Seawal paginya DJ rebus 3 paket beras nasik impit dan petang tu barulah masak kuahnya dgn bahan perencah yg begitu ringkas dan mudah sekali tetapi sangat2 menyelerakan. Last time makan kuah kacang ialah pd tahun lepas time beraya kat kampung halaman. Tapi yg jadi tukang masaknya ialah kakak DJ tau. Bila tengok cara dia memasak kuah ni mmg tak samalah dgn yg biasa DJ buat. Walau bagaimanapun, masyaAllah, mmg sedap kuahnya. Kena plak dgn citarasa DJ. Tak sia2lah punya kakak yg pandai masak...ehem2...hehe.

Resepi kuah kacang ni dah byk kali diulang tayang tetapi dalam pelbagai versi. Antaranya adalah kuah kacang pistachio dan juga di sini. Yang kat n3 ni lain plak versinya. Guna perencah yg serba ringkas jer. Yang penting, sedaaappp!..

Nak tau tak, sebenarnya DJ masak kuah ni seperiuk besar. So, ada lagi belen kuahnya dlm esbok. Hari ni, just reheat kan jer dlm oven. Ni kalau ada satay goreng lagilah tak boleh nak brenti makan...hehe.

Resepi Kuah Kacang (my style)

bahan-bahan:

  • 400g kacang tanah goreng (dikisar kasar)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 4 biji bawang merah (dikisar)
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1-2 senduk cili giling cap Aminah 
  • gula melaka secukupnya
  • garam dan sedikit gula pasir
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak masak sayuran secukupnya di dlm periuk/kuali. Tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi. Masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. (lebihkan sedikit minyak masak supaya kuahnya nampak cantik).
  2. Masukkan kacang tanah dan air secukupnya secara berselang seli dan kacau perlahan-lahan. Gunakan api perlahan shj. 
  3. Setelah kuahnya mendidih, masukkan gula melaka dan sedikit garam. Kemudian perasakan pula dengan gula pasir sehingga betul-betul menepati selera. 
  4. Masak lama sedikit dgn api kecil sehingga keluar minyaknya. Barulah nampak cantik dan lebih sedap. 
  5. Setelah masak, bolehlah dihidangkan dengan nasi impit, satay atau roti kosong. Sedap!

15 comments:

NiezaMan said...

Dayang..

Saya mmg suka makan nasi impit dgn kuah kacang
sib baik baru je buat ari tu..
kalau tak..mau meleleh air liur..hehehe

DJ Dayang said...

sesekali mkn nasik impit ni mmg best kan... ni pun dah nk habis dh..nak buat lg kena tunggu 2-3 bulan la nampaknya...hehe

Mas said...

mas suka kuah kacang ngan nasi impit..sedappnya..
banyak yer kuah kacang akak....
bolehh kasi mas sikitt..he...he..

DJ Dayang said...

bole jer mas tp mas kena upah satay kajang kat akak eh...hehe

Sofea said...

salam Dayang...mcm nak raya le..nasi impit dgn kuah kacang..i likeee...!

hari ni masak ayam bersos plum, ikut resepi daging sos plum..sedappp tqvm :)

Mr. Mama said...

feberetss mr.mama tu...kuah kacang, nasi himpit mr.mama kureng sikit kalau kuah kacang memang kategori hantu kacang la...heheheh

AZLITA AZIZ said...

salam Dayang,
sedapnyer... fav ita ni klu hari raya ini yg ita cari dulu... klu tak rasa macam tak raya aje...

Chik Mimi said...

Assalam Dj sedapnya nmpk nasi impit ngan kuah kcg Dj tu nakkkk

::Azura Rahman:: said...

sedapnyer kak dayang.. memandangkan akak wat byk sampai seperiuk.. pe kata akak frozenkan then pos kt zura.. nnti zura email kt akak alamat umah zura eh.. ekeke..

DJ Dayang said...

@Sofea
w'salam, first of all, mekasih byk2 sudi cube resepi sos plum tu. jgn serik yer...hehe.

nasik impit ni x kira raya ke tak raya ke, dyg tetap nk raya gak...haha. dah sememangnya feberet kan... ;)

DJ Dayang said...

@Mr. Mama

samalah ngn kte ni antu kacang...boleh join the group...haha

DJ Dayang said...

@AZLITA AZIZ

btl3x...tak sah raya kalo xde kuah kcg. tp kalau tak buat time raya pun rasa gelisah gak...mesti terbayang2 kan...hehe

DJ Dayang said...

@Chik Mimi
w'salam...

laa...awat lmbt mai??...dah finish la...heheh. ape kate pas ni chik mimi buat, hulur semangkuk kat dyg eh...hehe

DJ Dayang said...

@::Azura Rahman::

haha...lawak lah zura ni siap suruh anto ngn pos lagi tu..haha..akak takut lom sampai umh zura, kuah tu dah habis kene ngap leh abg posmen...ekeke

Peri PiA said...

mkn yg tak blh kate tidak,hihi