Monday, November 02, 2009

Kuah Kacang II - updated

Hari ni betul2 rasa malas. Nak masak, malas, nak makan, malas... nak mandi pun malas. Alahai,...Kenapalah teruk sgt serangan virus hari ni...entahlah....

Kugagahkan juga hati ini utk melawan semua itu....Alhamdulillah, berjaya juga akhirnya.....dapat bangkit kembali & cergas seperti biasa....semuanya demi anak2.


Oklah, sepanjang hari ni dyg tak masak nasik dan lauk pauk. Bukan kerana malas, tapi dah plan nak masak nasik impit dan kuah kacang.

Pantang tengok roti sandwich..msh banyak lagi tu...ada can la nak makan nak dgn kuah kacang. Sedap sungguh!!!

Kuah kacang ni pun sangat2 menyelerakan. Anak2 pun bukan main suka lagi. Yang si princess tu pulak terikut2 makan roti cicah dgn kuah kacang....hehe...

Ada sesiapa nak join??? marilah sini...jangan segan2, jangan malu2 kucing...banyak lagi ni..mmg buat banyak pun kuahnya sb kalau buat sikit, kang ada yang kata tak cukup lak..huhu

Resepi kuah kacang ni tak sama dgn yang resepi sebelum ni yer. Apa2pun kedua2nya sedap.

Bahan-bahan : (5-6 orang makan)
  • 300 g kacang tanah kopek (digoreng dan dikisar)
  • 1/2 cawan cili kering kisar (cili kering pedas)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1/2 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 50 g gula melaka
  • garam dan gula pasir secukupnya
  • 160 ml minyak sayur (ini sukatan dyg. Boleh adjust sendiri jika suka)
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak di dlm periuk/kuali. Tumiskan serai hingga wangi. Barulah dimasukkan bahan-bahan kisar dan cili kering. Tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit diselangselikan dgn air secukupnya. Masak dgn api perlahan.
  3. Masukkan gula melaka, garam dan gula pasir. Kacau dan masaklah lama sedikit.
  4. Setelah kuahnya sebati dan kelihatan pekat, bolehlah ditutupkan api.

8 comments:

Love2cook Malaysia said...

Alamakkkk, nasi impit is my faveret!!! Suka makan ngan rendang ayam! Kuah kacang pun suka! kekeke! ;) KakDayang, pls give me some...plsssssss!!! ;)

ain said...

teringat kuah kacang yg dlm freezer tu. esok boleh le panaskan, try makan ngan roti mcm dayang.hehe

Watierman said...

Tq Dayang kalau kuah kacang kena buat cucur udang pulak......umph!

DjDayang Jack said...

Love, as u wish dear, come & join us! :) kenyang betul ler mkn nasik impit ni, Love. x perlu msk lauk dh heheh...

DjDayang Jack said...

K.ain, woo sedaaap sgt2 mkn dgn roti. hihik..bkn ape, kalo mkn roti camtu je x kiralah sapu ngn butter ke, kaya ke, peanut butter, jem ke, payah sgt nk abiskan sekeping tu. tp bl cicah ngn kuah kacang, 3 keping lom tau lg cukup ke tak..heheh. tu kalo ikut selera tekak ni ler...akak cubalah yer...mana tau, same taste.. hehe

DjDayang Jack said...

Kak Watie , terus terliuk bl akak sebut cucur udg...mmg power lah! heheh

bintangku said...

suke mkn kuah kacang. time2 raya umah orang, mesti test kuah kacang dulu. beli sate pun, beli kat kedai yg kuah kacangnya sedap. makan cakoi cicah kuah kacang mmg best.. :)

DjDayang Jack said...

bintangku , kuah kcg kalo x sedap, mmg x lalu makan. Kadang2 terasa sgt halia atau cilinya...huhu...