Friday, January 21, 2011

Telur Dadar Bayam Bermayonis


Menu telur dadar kesukaan anakanda Danial. Dah mmg byk kali buat. In fact, dia sendiri yg mengolah resepinya. Dari mana dia dpt idea ni tak taulah tp mmg boleh tahan sedapnya. Kalau masak jer telur dadar ni, tak pandang dah  lauk lain...hehe.

Telur Dadar Bayam Bermayonis

  • 3 biji telur 
  • hirisan bayam secukupnya
  • sedikit hirisan bawang besar
  • 1 sb susu segar - optional
  • 1/2 biji tomato (dibuang empulurnya dan dipotong dadu)
  • 1/2 sudu makan mayonis
  • sedikit lada sulah
  • sedikit garam
Cara-cara :

Pukul telur dan susu dgn whisk atau garpu. Kemudian masukkan garam dan mayonis. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan bahan-bahan selebihnya dan kacau rata-rata. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali leper, dadarkan telur dgn api sederhana hingga masak. Hidangkan. (boleh juga ditumiskan dulu bahan-bahan sebelum dimasukkan telur).

8 comments:

Ctnaemah said...

Salam kenal dayang..salute sbb idea masakan dayang mmg kreatif..hehehe

~K Ham~ said...

dear.....mesti sedapkan..nti kak ham nak cuba la....malam tadi akak wat juga telo dadar tapi akak letak cheese...dadar nipis lipatkan makan ngan roti..ala2 sandwich gitu..

Mas said...

memang sedap kan kak dayang bila letak mayonis kat telur dadar tu...rasa berlemak jer....

izahdaut said...

akak...saya pun slalu gak buat camni untuk anak2 yang tak brapa suke sayur..kalau cam ni laju je diorg makan.akak yang jeruk mangga merah tu, asam yg masam warne merah yang kering tu ye...ishh tak pernah pulak makan cam tu..kena try ni

DJ Dayang said...

@Ctnaemah

salam kenal dan trm ksh sudi singgah...hehe. bese2 jer kte ni, masak ikut keperluan n citarasa keluarga...seronok bl ape yg dimasak disukai anak2 dan suami...Alhamdulillah...

DJ Dayang said...

@~K Ham~

silakan yer kak. tq. letak cheese pun sedap tu. DJ kene stop dulu sb anak2 dh mkn cheese tlalu byk lately...hehe

DJ Dayang said...

@Mas
yess! mmg sedap bangat!

DJ Dayang said...

@izahdaut
btl tu izah, letak bym kat telur grenti abis gak bdk2 mkn.

yg mangga jeruk kering tu betullah tu...jgn x cube tau...hehe