Sunday, January 02, 2011

Ikan Kukus Taucu


Ikan siakap dimasak stail gini mmg sedap. Ingat nak tayang mlm tadi tp tuan rmh tiba2 hilang mood plak nk tulis n3. Stress agaknya. Apa2pun, nak tayang gak menu ni ari ni. Menu2 tahun lepas pun msh ada lagi. Nantilah kalau ada masa, dyg share kat sini, k. 

Jom layan resepi ikan kukus ni. Memang sedaaapp!! 

Ikan Kukus Taucu

bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
  • 1 labu bawang besar holland (dimayang)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 1 batang lobak merah saiz kecil (dihiris halus)
  • 5-6 biji cili padi (dihiris) - boleh kurangkan jika tak suka pedas
  • 1 tangkai cili merah (dihiris)
bahan sos :
  • 1-2 sudu makan taucu
  • 50 ml air atau lebih
  • 1 sk minyak bijan
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap cair
  • sedikit gula
lain-lain : jus limau nipis dan hirisan daun sup.

Cara-cara :

  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya hingga mendidih. Sediakan bekas tahan panas. Letak ikan di dalamnya. Susunkan bahan-bahan hirisan di atasnya.
  2. Sementara itu, satukan semua bahan sos dan kacau. Siramkan ke atas ikan tadi hingga rata. Kemudian dikukus hingga masak lbh kurang 20-25 minit.
  3. Buka penutup kukus, perahkan jus limau nipis dan kacau sedikit kuahnya. Taburkan sedikit daun sup. Kukus lagi lbh kurang 2-3 minit. 
  4. Setelah masak, hidangkan panas2.


6 comments:

Mas said...

sedappnya kak dayang siakap kukus....terliur tengok...
maceh untuk resepi ayam kicap berempah harum tu, mas dah buat, memang sedapp..anak2 suka sangat..

Nieza said...

salam k.dayang,
sedapnya saya pun suka msk ikan kukus ni....sungguh healthy!..:)

HaSue said...

apa yg di stress ktk ya?hrp semua ok eh..byk2 sabar k

Mr. Mama said...

mr.mama feberettt....ikan siakap...

Peri PiA said...

salam sys dj

yum3..pia suke tauchu ;)

DJ Dayang said...

DJ to ALL

trm ksh atas komen2 anda.

mas, tq yer sudi cube resepi tu.. lebiuuu!

nieza, w'salam...btl tu, ikan ni bkn shj sedap tp very healthy.

sue, hehe dh sikda stres dah lps stres ari ya...hehe

mr. Mama n Pia, kita sama tapi tak serupa...hehe