Monday, January 24, 2011

Daging BlackPepper

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hari ni cuaca sgt memuaskan. Semangat berkobar2 nak jemur kain, bantal tilam dan kasut sekolah budak...hehe. Harap2 biarlah panas hingga ke petang ye tak... 

Actually, tadi masak nasi goreng belacan ikan bilis campur sayur2an jek. Ringkas dan sedap. Petang nanti barulah masak lauk lain. Tapi tak pasti lagi lauk apa. 

Menu daging ni plak DJ masak malam Ahad lepas. Barulah sempat nak tayang. Masakan ni sgt sedap dan mmg dah menjadi salah satu makanan favorite DJ. Sesiapa yang belum pernah makan stail gini, sila2lah cuba resepinya yer. Ini adalah salah satu resepi mengikut versi DJ. Banyak lagi versi lain dlm internet ni kalau rajin meng'google'. Jom layannnn!

Daging Blackpepper

bahan-bahan :
  • 200 g daging (direbus dan dihiris nipis)
  • 3 sb sos lada hitam
  • 1 sb kicap pekat
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cm halia (dicincang)
  • 5-6 biji cili api (diketuk)
  • sedikit kicap manis
  • hirisan kapsikum secukupnya
  • sedikit perahan jus lemon
  • sedikit hirisan daun sup
Car-cara :
  1. Perapkan daging bersama sos lada hitam dan kicap pekat selama 30 minit.
  2. Tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga wangi. Kemudian masukkan cili padi. Kacau lagi.
  3. Masukkan daging yang sudah diperap tadi dan sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. 
  4. Masukkan kicap manis dan daun sup. (boleh bubuh garam jika perlu).
  5. Masukkan kapsikum dan perahan jus lemon. Sebatikan.
  6. Setelah masak, bolehlah dihidangkan dengan nasi panas. Sangat sedap!


11 comments:

sarah mohamad said...

sedappppp! balik nanti nak try kat umah!

EmbunRosaliza said...

Salam Dayang..apa kbr, sedapnya daging black pepper tu..ada lagi ke minta sikit

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

daging blackpepper mmg sedap!! sambil mkn berpeluh2 pun tak apa.. hehe..

DjDayang Jack said...

@sarah mohamad

masak byk2 tau...gerenti menyelerakan...hehe

DjDayang Jack said...

@Kak Rosaliza

w'salam kak.
duh!..dh abih ler kak cayang oii..dyg dah buat byk tapi jap jer abih...hihi. Nanti akak try ler buat yer. mana tau dyg tersinggah ke rmh akak ker...leh mkn ramai2...hehe

DjDayang Jack said...

@MaDiHaA a.k.a Ratna

betul3x!...satu kepuasan makan daging berempah ni. memang berpeluh2 dibuatnya...takyah pi gym dah...haha

izahdaut said...

kak dayang..bila tengok guna sos lada hitam terus hampa...saya tak de sos tu,..huhuuhu...nak rasa sikit kakkkk

DjDayang Jack said...

izah,

kalo xde sos lada hitam, leh ganti ngan biji lada hitam yg ditumbuk plus sos tiram sket. i know u can make it dear. never feel sad ya.

mr. mama said...

feberet...feberet....

Unknown said...

wah sedapnya...suka sgt...dh abis ke kak...saya dtng bw pinggan dh ni...hehe

Unknown said...

bestnyer nampak daging nie!!balik petang ni nak try buat laa...