Thursday, January 13, 2011

Ayam Debel


Tak nak banyak membebel. Layan dulu ayam debel ni yer. Buat utk mkn malam. Resepi akan ditulis kemudian. 



update :

Resepi Ayam Debel (My Style)

bahan-bahan :

  • 1/2 ekor ayam sederhana (dipotong ikut suka dan digoreng separuh masak)
  • 1/2 sudu makan biji sawi (ditumbuk)
  • 1/2 sudu makan biji ketumbar (ditumbuk)
  • 1/2 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu besar stok ayam pekat
  • 2-3 sudu besar cili kisar/cili giling
  • 1 sudu besar cuka
  • garam dan gula
  • 2 biji bawang merah (dibelah 4)
  • tomato dan timun (dipotong ikut suka)
bahan-bahan mesin :
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 2 tangkai cili merah (dibuang bijinya)
  • sedikit belacan bakar
cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan mesin hingga terbit bau. Kemudian masukkan cili kisar, ketumbar dan biji sawi. Tumiskan lagi hingga pecah minyak. 
  2. Masukkan bawang merah, stok ayam, kicap, cuka dan diikuti air secukupnya. Kacau hingga mendidih. Kemudian barulah dimasukkan ayam separuh masak tadi. 
  3. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya. Akhir sekali masukkan timun dan tomato.
  4. Setelah masak, biarkan ia merenih seketika. 
  5. Hidangkan.

6 comments:

AZLINA said...

Salam Dj, berselera betul tengok si ayam debel tu..Tetiba perut pun dah terasa lapar!!

Subhie Arun said...

salam dj,berselera betul ayam debel...rasa lapar..nanti i try!!

izahdaut said...

dia dah buat dah..dia dah buat dah..hahaa....ayam debel 1st time dengar..saja la tu tunjuk gambo dulu..slalu gitu..huhhh

DJ Dayang said...

@AZLINA
w'salam...

lauk ayam ni mmg buat org lapo jer kan. DJ pun mkn b'tambah2...hihik

DJ Dayang said...

@Subhie Arun

salam...

trm ksh yer sudi singgah...boleh jer kalau nk cube. semoga menepati citarasa...tq

DJ Dayang said...

@izahdaut
izah, akceli kan sebutan omputihnya 'Curry Devil'..hihik. amacam? ganas tak bunyinya??...ekeke

dah update dah pun yang...tu pun terseliuh jari akak nih...haha