Thursday, April 08, 2010

Bamia Daging



Pagi tadi asyik dok fikir memanjang..nak masak apa pulak dgn daging yg ada ni. Nak masak kari ker atau masak merah ker atau masak stew jer. Last2 masak ala2 Bamiah gitu....itupun ikut versi sendiri. Hanya dua perkataan jer yg mampu terucap....Sedap bangat!!!...ni kalau ada bendi lagilah sedap. Tapi tanpa bendi pun tetap berselera tau lbh2 lagi time demam ni...hehe.


Bagi yg menggemari masakan berempah yg sudah semestinya sedap, bolehlah mencuba resepi ni jika berminatlah kan. Kalau tak suka daging lembu, daging kambing atau daging ayam pun boleh. Cuma kat rumah dyg ni, daging kambing mmg tak pernah pun masak. Sebab tu lah tak ada dalam resepi. So, dah cakap awal2 yer, tak perlu bersusah payah selongkar dapur rumah ni semata2 nak carik resepi kambing. Mintak maaflah byk2...mmg tak ada.....hehe.

Oklah, jom layan resepi!

Resepi Daging Masak Bamia

Bahan-bahan :
  • 400 g daging (dihiris nipis2 dan dibersihkan)
  • 100 ml susu cair (kalau tak ada, boleh guna santan) - boleh adjust sendiri sukatannya
  • air secukupnya
  • 1 sudu makan rata serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan rata serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu makan rata serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 2 sudu makan serbuk kari daging
  • 2-3 sudu besar cili kisar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 labu bawang besar (dipotong 4)
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • bendi secukupnya 
  • 4 sudu besar sos tomato
  • garam dan sedikit gula
Bahan-bahan kisar:
  • 1 labu bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia

Cara-cara :
  1. Gaulkan daging dgn bahan2 kisar dan perapkan selama 30 minit. Kesemua serbuk rempah dan cili kisar disatukan di dlm satu bekas dan dibancuh dgn sedikit air utk dijadikan pes.
  2. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali/periuk. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih hingga wangi. Kemudian tumiskan bawang besar hingga sedikit layu. Barulah dimasukkan pes rempah tadi dan juga sos tomato. Kacau dan biarkan ia pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga daging empuk. Kemudian masukkan, susu cair, garam dan sedikit gula. Masak lagi hingga kuah kelihatan pekat. Akhir sekali, barulah dimasukkan bendi dan tomato. Setelah bendi masak, tutupkan api dan renihkan sebentar sebelum dihidangkan.

    Masakan ini sgt sedap dimakan bersama nasi, roti Mariam, capati dsb. Ikutlah selera masing2.  

11 comments:

Watierman, rmanbkr said...

Dayang....nak ngendeng menu sedap tu...hehehe...asal dengar daging jer sampai lah!!

dayang_jack said...

>>Kak Watie

meh2 la kak sementara stok msh ade ni...hehe...sronok makan ramai2...selera pun bertambah... :D

h-huda said...

akak,
kalo ayam buat masak bamia neh best tak?
tak penah dengar pon masakan nama bamia:)

dayang_jack said...

>>h-huda

boleh jer...pun sedaapp!..masakan ni asalnya adalah masakan dr Timur Tengah. Ade sedikit persamaan dgn masakan berempah yg lain spt beriyani dan bukhari. Sedap tau. Try dulu yer. tq

h-huda said...

cant wait to try.Thanks:)

dayang_jack said...

>>h-huda

u're welcome, dear. Can't wait to hear the result... ;)

Bradpetehoops said...

Wow, the food are all delicious!

dayang_jack said...

thanks 4 joining us, Brad...:D

Anonymous said...

ya lahwiiii....urid an atbukh haza al yaum...ada x rcp nasi sumbat merpati?ooppssss,enti timur tgh,kt mn?msr?if msr,msti tahu mskn ni?tlglh ana....

DJ Dayang said...

@Anonymous

masyaAllah....ana la arif jiddan2. itu resepi merpati sumbat nasi hanya ada di padang pasir. ana duduk di m'sia lah. InyaAllah, kalau ana jumpa itu resepi, nanti ana share sama enti. أنا آسف

Papa-NtiQ said...

Hi Dayang, saya memang suka makan makanan arab nih tapi biase kalu saya gi restoren arab tak penah pulak nampak bamia dalam menu...hmm...nnt nak suruh wife masak nih hehe....anyway nice post2 kat sini nnt saya datang lagi...senang2 tu Dayang jenguk la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal tempat2 makan menarik dan register follower yer maklum la blog baru sunyi skit hehe TQ TQ TQ