Tuesday, September 15, 2009

Udang Goreng Kunyit

Sesekali masak udang berkunyit memang best. Nak buat pun senang. Tak payah nak susah2. Yang penting, rasanya sedap dan menepati selera.

Apa2pun menu ini adalah menu berbuka semalam. Jadi, tak sempatlah nak ajak member2 makan2...huhu. Kenalah buat sendiri jawabnya....heheh...terima kasihlah pd yang sudi singgah dan lepak2 di sini yer...

Bahan-bahan :
  • 10 ekor udang XL (diperap bersama sedikit kunyit dan garam)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 labu bawang besar (dimayang)
  • 3 biji cili padi (diketuk)
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 1 helai daun kunyit (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
Cara-cara :
  1. Tumis bawang putih sehingga perang.
  2. Masukkan cili kering. Setelah garing, masukkan sos tiram, udang dan sedikit air.
  3. Masukkan bawang, daun kunyit, cili padi, dan cili merah. Gaulkan sehingga masak.

2 comments:

ain said...

tergoda akak tengok udang tu!!! yummy!!

dayang_jack said...

k, ain : mmg sedap udg goreng kunyit ni...try la ek...