Wednesday, September 02, 2009

Puding Wangi

Kalau tak buat dessert macam tak lengkap je menu ni. So, dayang buatlah puding seringkas dan semudah yang boleh. Dah banyak kali gak buat puding berkhasiat ni tapi kali ni buat lapis berwarna sikit. Yang penting, rasanya yang best dan wangi je. Mana tidaknya, dayang guna horlicks dan juga taburan nestum memanglah wangi dan sedap.

Seelok2nya puding ni dikukus dlm bekas kecik tahan panas sebab ia agak lembut sedikit...tetapi dyg guna loyang je tu..nak keluarkan puding tu kenalah berhati2...kalau tak, hancuss!!....

Bahan-bahan :
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan serbuk horlicks
  • 3/4 cawan susu cair
  • 1/3 @ 1/2 cawan air
  • 1/2 sb tepung kastard (dibancuh dgn 1 sb air) - x letak pun ok
  • pewarna merah, kuning dan hijau
  • sedikit nestum utk taburan
Cara-cara :
  1. Larutkan gula bersama air.
  2. Masukkan susu cair, horlicks dan bancuhan tepung kastard. Sebatikan. Tutupkan api.
  3. Pukul telur tetapi jgn sampai berbuih. Satukan dgn susu tadi. Kacau rata2.
  4. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian dan warnakan kuning, merah dan hijau.
  5. Kukuskan satu lapisan pertama selama 5 minit, lapisan kedua 10 minit dan lapisan terakhir selama 20 minit.
  6. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu dan taburkan nestum ke atasnya.
***adunan utk puding ni mmg sedikit. Sesuailah utk dicuba...tapi kalau nak buat banyak, kenalah gandakan bahan2nya yer...selamat mencuba!

3 comments:

ain said...

amboiii...sedapnyaaaa!!!! kena try puding ni!!!

dayang_jack said...

tq2...mmg patut dicuba ni...mmg best!

Kakda said...

mmm bagus lah resipi ni penuh berkhasiat serta memberi tenaga. Resipi yg patut dicuba.