Tuesday, September 29, 2009

Macam-macam hal nak cerita...terutama psl kek kukus

Salam,

Dapat je masa terluang ni..dyg sempatlah nak bercerita sikit sambil2 membebel. Yang bestnya, hari ni dapat guna lappie hubby. So, panjanglah langkah ini menjengah rumah2 sahabat serta fanclubku yg tersayang....cuma satu je yg x bestnya...jari2 ni dh terbiasa guna keyboard besar, time guna lappie hubby ni lak tpaksalah bukak mata sebesar2 yg boleh psl keyboardnya kecik sgt dan skrinnya, alahaiiii... dlm 7 inci gitu...mine is 14"...terkial2 lak jari jemari ni menekan kekuncinya...psl tu la lambat nak reply msg kat chatbox tu...xpe2...lom biasa lagi tuuu....janji dapat tembus...wahai laptopku yang hampir2 nazak tu, rehat2lah utk bbrp hari ni yer...nanti masuk servis...

Apa2pun terima kasih sekali lagi kepada pengunjung setia blog ini yg sentiasa prihatin dan sentiasa memberi semangat dan dorongan kpd dyg utk terus 'berblogging'. Tanpa kalian semua, akan sunyi dan suramlah blog ini. Sekali lagi dyg meminta maaf atas kelewatan membalas mesej2 yg ada kat chatbox tu disebabkan kekangan masa dan tenaga...harap2 jangan ada yang berkecil hati yer...

Tak lupa juga yang telah mencuba resepi2 dayang...terima kasih banyak2...dan ada juga n3 yg belum sempat dikemaskinikan lagi....InsyaAllah, dyg akan sedaya upaya settle kan yer....

Kepada follower2 yang baru sign in, terima kasih banyak2 yer...jika ada kelapangan, dyg akan singgah di blog anda....thanks again.

Dengan kesempatan yang ada ni, dayang nak bercerita sedikit ttg kek2 kukus berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman orang2 terdekat dgn dayang. Ada yang bertanya dyg ni ada ambik kursus tak???heheh....Sebenarnya, dayang bukanlah pakar sangat, tetapi semua ini adalah kerana minat dan juga keseronokan. Sejak kecik lagi dayang didedahkan dgn kek2 kukus...siapa lagi kalau bukan emak sendiri yang turunkan ilmu mengukus kek..tak kurang juga emak2 saudara. Mereka2 inilah boleh dikatakan pakar mengukus kek. Pssttt!...dayang ambik kursus dgn dia oranglah....kursus tak bertauliaaah...heheh

Kenapa dayang suka buat kek kukus???

...soalan ini selalu diajukan kpd dayang sejak dyg berada di alam siber masakan ini....hehe...sebabnya ialah dari kecik lagi dayang mmg suka mengukus kek..tolong2 mak melapis kek, buat kek ikut resepi mak, kdg2 cuba2 buat resepi sendiri...huhu..seperti yg dayang katakan bahawa mak2 sedara dyg pun mmg suka buat kek terutama kek kukus. Hampir 90% resepi2 dia org ni adalah resepi kek kukus....resepi kek pun turut dibukukan tp x pernah nak diterbitkan..pasal dia org suka berahsia ttg resepi2 kek ni...buku2 resepi pun takleh jatuh kat tangan org lain kecuali pewaris2nya shj...itupun kena ada salinan...terpaksalah dyg salin sendiri..lagipun istilah2 dlm resepi tu ada gak dyg x faham...jenuh gaklah nak translate.

Dari situ, dyg berjinak2 dgn pembuatan kek kukus. Orang yang paling seronok ialah mak...sebab kuranglah beban dia nak buat kek especially hari raya..dah ada orang tolong buatkan kek sampai 8 bijik...sanggup tak???...huhu. Nasib baiklah masa tu msh muda lagi, tenaga banyak, tak ada komitmen apa2 (seingat dayang masa tu tingkatan 4)...jadi senanglah nak buat kerja mengekek siang dan malam...seronok dan puas hati dapat buat kek dgn usaha sendiri. Kek pertama dayang buat ialah kek Kembang Melati. Mmg betul2 kembang dan gebuss!!...apalagi, happy sgt2..mak2 sedara pun jeles gak tengok kek yg dyg buat tu kembang semacam...hahaha!!!...itulah dikatakan seni....bukan setakat menjadi tapi rasanya pun mabeles!!!...resepinya dyg share kat MYR.

Cuma ada bbp perkara yg dyg nak pesan kat sesiapa shj berminat nak buat kek kukus ni...BERSABARLAH (BE PATIENT)...jgn banyak membebel kek lambat masak...biasalah tu, kek kukus mmglah dikukus lama supaya masak betul2 dan tahan lama....lagi satu, kalau tak nak guna dapur bergas, belilah dapur minyak...save cash! Kalau kat kampung, dyg tak pernah lagi guna dapur gas, sebaliknya guna dapur minyak jer...sebab banyak sgt kek kena buat...antara yang popular ialah, Kek Hati Parek, Kek Asam Manis, Kek Lumut, Kek Evergreen, Kek Buah, Kek Sabok Tun Razak, Kek Kembang Melati, dan mcm2 lagilah...semuanya dikukus. Kalau guna dapur gas, cepat habislah gasnya...kalau guna dapur elektrik lak gerenti melambung tinggi bilnya...Yang kek2 bakar tu lainlah citer....

Tip2 Mengukus Kek
  • pastikan loyang yang digunakan hendaklah bersesuaian dgn kuantiti bahan kek
  • loyang kek hendaklah kering dan tidak bocor
  • pengukus kek hendaklah bersih
  • perkakas kek hendaklah bersih
  • elakkan adunan kek dari terkena air kerana ia akan merosakkan kek
  • gunakan telur segar
  • seelok2nya tepung yg digunakan hendaklah dijemur terlebih dahulu. Ini akan meringankan lagi tekstur kek. Di samping itu, kek akan menjadi lebih gebu dan lembut.
  • lapikkan loyang kek dgn baking paper supaya mudah nak dikeluarkan dari loyang setelah masak. Seelok2nya, griskan loyang yang telah dilapik tadi dgn mentega dan taburkan sedikit tepung di permukaan dan di sekelilingnya. Kemudian tangkupkan loyang tersebut sambil diketuk2 sedikit utk mengeluarkan lebihan tepung tadi.
  • setelah adunan kek dimasukkan ke dlm loyang, tutup dgn kertas foil atau plastik utk mengelakkan dari terkena titisan air semasa proses mengukus.
  • lapkan tudung pengukus setiap kali hendak menambah air atau melapis kek. Gunakan air panas shj.
  • jangan menggunakan api terlalu besar dan terlalu perlahan. Kek akan lambat masak atau tidak naik sempurna.
  • untuk kek2 lapis, ratakan dgn lapisannya tetapi jangan ditekan sekuat2 hati...nanti kek akan menjadi bukit bukau atau berombak2...
  • biasanya utk lapisan pertama, akan mengambil masa 3-5 minit utk masak bergantung pd banyaknya adunan. Jangan terlalu lama, sebab lapisan kek mudah tertanggal setelah dipotong
Jadi, dengan tip2 yang dikongsikan ini dyg berharap rakan2 penggemar kek kukus mahupun yang ingin mencuba pertama kali, dapatlah sedikit banyak garis panduan cara2 mengukus kek dgn betul. Jika ada apa2 lagi tip yang tertinggal nanti dyg akan update balik yer....

7 comments:

ain said...

kiranya ni dh mcm kursus free buat kek lapis la ni dayang. thnx alot!!!

dayang_jack said...

u're welcome...heheh...kira2 begitulah kak ain...

Ummi said...

salam kak DJ,

thanks for the tips..suke sgt..kita pun suka kukus kek..
cuma nak tau berapa lama kek kukus tahan ek?selama hr ni xpernah simpan lama..kek msk jer trus hbs hr yg sama..

dayang_jack said...

@Ummi

w'salam...

trm ksh sudi singgah ke teratak akak. Biasanya kek yg dikukus ni disimpan lama tetapi bergantung pd cara penyimpanannya. Kalau x masuk dlm fridge, kek ni hanya boleh bertahan kurang dr seminggu. Kalau disimpan di dlm fridge, kek boleh bertahan selama bbrp bulan atau 1/2 thn (contohnya kek Hati Parek sb ia tlh dikukus lama selama 8 jam). Elakkan dr menggunakan tupperware atau bekas plastik utk menyimpan kek. Sebaik2nya kek tu dibalut dgn kertas plastik dan dibalut lagi dgn kertas foil. Kemudian bolehlah disimpan di dlm fridge.

hrp dpt bantu yer ummi. tq.

Anonymous said...

Assalamualaikum dayang ku sayang,
terima diatas tips yang berguna berkaitan kek kukus. semoga allah merahmati keikhlasan awak didunia dan akhirat. sy baru nak mencuba kek lapis bumi...tgk lah hasil nya nanti mcm mn. apa pun thanks perkongsian yang ikhlas ini...kak han

Anonymous said...

Salam Dyg, kek lapis bumi dan kek kukus Lumut memang tak payah pakai serbuk penaik @ tpg naik sendiri ke? Dah excited nak try tapi takut bantat lak ...

Mommy Ryan's Kitchen said...

salam kak Dayang...Tq for this info, kmk mohon share auk..