Saturday, September 19, 2009

Kek Strawberi

Dalam kesibukan mengukis bbrp hari lepas, sempat gaklah buat kek strawberi ni kalau tak silap 13 hb..lewat satu hari besday dayang..maknanya belated besday cake la ni...si princess la yang excited sangat nak deko kek ni sampai jatuh2 buah stoberi itew...huhu...tak mengapalah, yang penting, dia dah mula minat dan ingin berjinak2 dgn benda2 mcm ni..kita kasi can la kan. walaupun msh budak2 lagi...sejuk hati ibuu...

Lepas bubuh topping tu, si kecik lak sibuk carik candle nak letak kat atas kek tu..tau tak candle apa???...candle besar tuu...hahaha!...bukan xda lilin kek,..cuma malaslah nak tiup2 lilin...lagipun nak cepat sebab ada kerja lain lagi nak buat masa tu...finally, jadi cenggini je....hehe...satu lagi, sepatutnya lapisan tengah kek tu dayang nak letak jem stoberi tapi si Princess dah tepek dulu kek lapisan atas sebab tak sabar nak tutup...apa nak jadiiii....

Sepotong kek ni nak bagi kat kawan kita yang sorang tu...siapalah agaknya yer????..hehe..

Apa2pun, kek ini sangat lembut dan sedap. Dayang buat loyang kecik cukup utk kami sekeluarga. Siapa2 nak kek ni, kenalah buat sendiri tau sb dah habisss....huhu.

Kek Strawberi (loyang 6 inci @ 5'' x 9")

Bahan-bahan :
  • 110 gm tepung naik sendiri
  • 115 gm mentega
  • 115 gm gula kastor (dikisar halus spt gula ising)
  • 2 biji telur A (dipukul sedikit)
  • 1 sdt esen vanilla
  • 1 sdt teh pes strawberi
  • 3 sudu besar susu segar
Bahan-bahan hiasan :
  • whip topping
  • inti strawberi
  • buah strawberi
Cara-cara :
  1. Griskan loyang kek dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung. Panaskan oven pd suhu 160C.
  2. putar mentega dan gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
  4. Masukkan esen vanilla dan pes strawberi.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan diselang selikan dgn susu segar. Putar perlahan2 sehingga sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dlm loyang dan bakar selama 25-30 minit.
  7. Sejukkan setelah masak. Bahagikan dua. Sapukan dgn whip topping dan inti strawberi. Tutup kemas dgn lapisan kek satu lagi. Hiaskanlah dgn whip topping dan buah strawberi.

4 comments:

SITI KHADEEJA said...

salam..sy minat tgk kek ni, ingat nak cuba..bile dah cuba nanti sy inform yea...thanks yea, kite share ye recepi ni...

SITI KHADEEJA said...

hehehhe..sori nak tanye inti strawberi tu mcmane yea..boleh explain skit..tima kasih..

DJ Dayang said...

@SITI KHADEEJA

w'salam...

kek ni mmg lembut dan tak rugi dicube. inti stoberi tu adalah filling stoberi yg ade dijual siap dlm bekas plastik kat kedai Bagus. Biase beli kat situ jer. kat tempat lain ade gak kot.

selamat mencube yer. tq.

SITI KHADEEJA said...

tima kasih yea, baru tgk blog ni, memang nak cuba utk besday anak..:)