Monday, September 07, 2009

Agar-Agar Santan

Dessert ni dah lama gak tak buat. Sesekali makan memang sedap....mintak maaflah....dah habis.....huhu. Jamu mata je lah yer....

Atas permintaan peminat2 agar2 santan ni, maka dgn seikhlas hatinya dayang sumbangkan resepinya di sini yer...selamat mencuba!

Bahan-bahan :

Untuk Lapisan Putih :
  • 1/2 sudu besar serbuk agar-agar
  • 160 ml air
  • 1/4 sk garam
  • 1/2 cawan santan
Cara-cara : Larutkan serbuk agar-agar bersama air sehingga mendidih. Kemudian tutupkan api dan tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi santan. Masukkan garam dan kacau perlahan sehingga rata. Kemudian masukkan ke dalam bekas yang sudah dibilas dan ketepikan seketika.

Untuk Lapisan Hijau :
  • 1/2 sudu besar serbuk agar-agar
  • 90 gm gula pasir
  • 180 ml air
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • sedikit pewarna hijau/pandan emulco
Cara-cara : Satukan kesemua bahan di atas di dlm periuk dan larutkan. Tuangkan ke dalam lapisan putih yang sudah hampir beku tadi. Sejukkan.

Ok, ini ada satu pengumuman penting buat rakan2 blogger dan juga rakan2 yg setia berkunjung ke rumah dayang. KEMUNGKINAN dayang akan berhenti rehat seketika daripada aktiviti mem'blogging' mulai 9hb ni yer. Jadi, semasa ketiadaan dayang nanti, pandai2lah membawa diri..huhu...lepak2lah di sini, tolong sapu2 sawang ke, atau buatlah mcm rumah sendiri. Dayang berterima kasih sgt2 pada kawan2 krn sudi datang dan berborak dgn dayang. Jika ada salah dan silap haraplah dimaafi. Luv u all!!!

4 comments:

CT Delima said...

Mengancam nya agar2 dayang tuuuuuu.... k.ct memang suka agar2 ni tau..puasa ker 5 ada buat x cukup lagi tu hehehe.warna pun cantik..hijau lembut dimata ditelan lagi ler kan :)

Watierman said...

Salam Dayang akak pun suka dengan agar2 tu...& akak pun faham kalau nak hentikan seketika aktiviti blog ni...sebab akak pun dah tenggelam timbul berblog sekrang ni...sebab kerja rumah nak lebaran ni dah berlipat ganda...Selamat Hari Lebaran...minalaidil wal faizin....Maaf Zahir & batin!!

dayang_jack said...

k.CT, huhu..kembang dah ni..heheh. thanks kak. mmg dh lama tak buat agar2 ni. last time buat tahun lepas. tu yg kepingan sgt ni...hehe

dayang_jack said...

kak Watie , waalaikumsalam...btl tu kak...mcm2 hal nak diuruskan sebelum raya ni...InsyaAllah, jika btl2 free barulah dyg mengadap komputer lagi...Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin....:)