Thursday, March 18, 2010

Daging Masak Merah



Petang tadi dyg offline jap sebab nak prepare benda alah ni utk dinner. Terima kasih buat pengunjung semua krn sudi singgah ke sini dan tinggalkan jejak. Jika ada masa terluang nanti dyg akan balas komen dan mesej anda yer. Don't worry, be happy!...hehe

Dah dinner ker belum ni??...kalau belum, jomlah makan apa yang ada ni. Tapi dyg dah makan dlm pukul 6 tadi (nak tunggu daging ni hadam kena ambik masa lbh krg 4 jam gak sebelum tidur). Masih ada belen sket lagi tu. 

Dah lama gak tak masak daging stail gini. Terasa rindu lak....padahal tuan rumah dah tak ada idea ler tu nak masak apa...hehe. Sekali sekala buat daging masak merah ni memang sedap tau...siap menambah lagi tu...alahai...bilalah nak start diet ni eh??...

Resepi daging masak merah ni main ikut selera anak tekak yg sejak dua menjak ni asyik berselera jer walaupun susah hati...huhu.

Apap2pun, jika berminat nak cuba resepi ni silakanlah yer. Pasti sedap!

Bahan-bahan : 
  • hirisan daging secukupnya
  • 2-3 sb cili kering kisar (boleh tambah atau kurang)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 1 sb sos tiram
  • 2 sb sos cili
  • 1 sb sos tomato
  • sedikit garam dan gula
  • sedikit kacang panjang
  • sedikit hirisan bawang besar (digoreng)
Cara-cara :
  1. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kering kisar dan tumis lagi hingga garing.
  2. Masukkan sos tiram serta sedikit air. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika.
  3. Masukkan daging, sos cili, sos tomato dan perasakan dgn garam dan gula jika perlu.
  4. Akhir sekali masukkan kacang panjang dan kacau hingga masak.
  5. Taburkan bawang besar yg sudah digoreng dan gaulkan.
  6. Hidangkan panas2.


Kek Coklat Tanpa Telur



Malam tadi atas permintaan anak2, DJ buat kek ni lagi dan lagi....hari ni dah licin yer..finished!!...lepas tu...anak2 minta buatkan lagi....nasib baiklah tak sesusah mana nak buat kek ni. Bahan-bahan pun tak byk. Mix kan semua bahan, kacau2 sket...siap...anak2 pun heran, masa bila pulak mommy buat kek ni...tak dengar bunyi apa2pun pun kat dapur...tup2 dah siap!...hehe....


Si kecik lak b4 this mmg tak berapa gemar makan kek. Tapi kek yg ni dia boleh makan sampai 2-3 slices sekali hadap....kena dgn taste dia ler tu. Tapi mmg betul pun kek ni mmg tak rasa muak pun. Sedap dan sangat lembut. Kepada yg telah sudi mencuba kek ni DJ ucapkan berbanyak2 terima kasihlah yer. Bagi yg belum pernah mencuba kek seumpama ini, jangan takut utk mencubanya. Mungkin ada yg was-was lagi ttg penggunaan cuka dlm kek. Sebenarnya, kalau hanya setakat letak 1 sudu kecil (ikut sukatan) tak menjadi masalah. Lagipun mmg tak ada langsung rasa cuka dlm kek tu. Sebaliknya, fungsi cuka ni seperti yg telah dyg bagi tau sebelum ni, ia sekadar nak bagi adunan kek naik cantik dan sekata serta tak melimpah keluar dari loyang. Omputih pun dah biasa guna cuka utk buat eggless cake. (Cerdik sungguhlah dia orang ni kan....hehe).

Inilah hasilnya selepas kejadian....mula2 tak nak bubuh topping, tapi teringat pulak ganache yg dyg buat bbrp hari lepas utk buat donut (tapi tak buat punnn...malassss)....so, dyg buh jerlah kat atas kek ni....lagilah anak2 suka....hehe...

Malas nak buang kerak atau nak terbalikkan kek tu...letak jer terus topping tu.....sedapnyaaaaa! Satu perkara lagi nak bagi tau kat kawan2 ttg penggunaan kopi. Sebenanya, DJ guna kopi Indocafe yg sache 2 in 1 tu. Hanya perlu bancuh jer dgn air panas. Atau kalau ada nescafe O pun ok. Kalau tak ada kedua-duanya, guna jerlah kopi Kapal Api ker atau kopi timbang...tak kisahlah kan..janji kopi (tapi make sure kena tapis dulu yer...hehe). 

Then, time nak prepare tu, pastikan loyang dah sedia digris dan oven dah dipanaskan dulu. Barulah prepare bahan2 ni tapi kena cepat2 tau...jangan brenti jap...duduk2 ker rehat2 ker sambil2 minum kopi ker dsb..kang tak menjadi pulak kek tu...jangan salahkan resepi yer....tengok akak dyg ni dah berkali2 buat kek ikut resepi ni...Alhamdulillah setakat ni tak pernah lagi kek ni bantat...bukan nak tunjuk bangga diri...tp tu lah hakikatnya kan...(heheh...membebel pulok dah)..

Oklah, tu jerlah pesanan dari tuan rumah yg sudah ditaja oleh Innity dan Nuffnang...hehe...Thank you kerana sudi bersama DJ hari ni. Kalau nak resepi ni, bolehlah tengok DI SINI yer. TQ. Have a Nice Day!!