Wednesday, March 17, 2010

Honey Sesame Chicken, Sardin Kicap My Style & Sambal Kentang Tempe


Salam....

Hari ni nak tayang ketiga2 hidangan yg ada. Masa tgh menaip ni, DJ belum menjamah lagi lauk2 ni tau. Gara-gara nak cepat, tak dapatlah nak pose byk2 gambarnya. Itu pun entah apa2 pose nya....hehe. 

Ok, semalam DJ tertarik dgn resepi HSC ni kat rumah Hana Jepun nun...nampak mudah aje....sebenarnya lebih kurang sama jer dgn style yg selalu DJ buat cuma resepi ni menggunakan minyak bijan dan bijan. Lain2 bahan2 lbh kurang sama gitu...dipendekkan cerita, hari ni DJ merealisasikan niat ni. Sebelum tu maafkan akak yer Hana...akak ada tambah dan ubah sket teknik memasaknya...akak tak perapkan ayam ni. Sebaliknya, akak rebus bersama bahan2nya separuh masak. Lepas tu barulah digril hingga masak. 

Apa2pun, dgn adanya bijan segala bijan ni, mmg ada kelainannya. Sedap dan beraroma. Thanks hana krn sudi berkongsi resepi. Akak cnp resepinya di sini yer. TQ.

Bahan-bahan
  • 2 keping dada@peha ayam boneless
  • 2 ulas bawang putih - parut
  • 1 inci halia - parut
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu kecil serbuk cili - hana ltk blackpepper (akak pun letak blackpepper)
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • garam
  • bijan sangai secukupnyer - utk tabur
  • 2 sb besar jus lemon (DJ tambah sendiri)
Cara-cara
  • Perap ayam dengan semua bahan kecuali bijan sangai selama 1-2jam atau semalaman.
  • Grill@bakar ayam sehingga masak. Jika menggunakan oven, suhu 190 selama 30min atau sehingga masak. Sapukan ayam ngan bhn perap lebihan@air yg keluar semasa membakar, supaya ayam kelihatan cantik dan berkilat.
  • Hidangkan dengan menaburkan bijan yg telah di sangai.
  • Enak dimakan dengan nasi ayam atau sebagainyer.

Dah lama tak makan sardin ni....sesekali makan, waduhhh!...sedap bangat!!!...ponteng diet lagilah nampak gayanya ni...hehe...
Resepi yg asalnya boleh refer DI SINI.
Sesiapa nak cuba resepi ni, sila2kanlah yer....CNP dihalalkan. TQ
Sardin Kicap My Style
Bahan-bahan :
  • 1 tin besar sardin
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb cili kisar
  • 3 biji cili padi (diketuk)
  • 1 sb kicap pekat
  • 2 -3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • garam dan gula secukupnya
  • 2 helai daun limau purut
Cara-cara :
  1. Tumis bawang2 hingga perang. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga garing.
  2. Masukkan kicap pekat, sos tiram, cili padi, daun limau purut dan cili merah. Kacau rata2. Masukkan sedikit air.
  3. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Barulah dimasukkan sardin. Kacau perlahan2 dan biarkan mendidih seketika.
  4. Akhir sekali masukkan jus limau dan tomato (jika suka).
  5. Hidangkan setelah masak.

 
Tak ketinggalan sambal tempe kesayangan....hehe. Tempe ni hampir2 nak bertukar warna....sebab tu lah kena masak bersama dgn rakan sekutunya... Resepinya rasa2 ramai yg dah tau buat kan....Kalau nak tengoksatu lagi resepi sambal kentang dgn ikan bilis, bolehlah drive ke SINI jap. Sedap tau!....

Tuesday, March 16, 2010

Daging Blackpepper



Salam....

Kawan2 dah makan ker belum?? Kalau belum, pergilah masak yer....rajin2kanlah diri ke dapur tuu...hehe. Hari ni DJ buat sup ayam dan sambal telur jer. Tu dah kira versi malas gak, tapi cukup menyelerakan....kalau rajin, nanti tayang menunya di sini. 

Yang ni pulak daging blackpepper yg dimasak mlm tadi. Memandangkan lauk ni banyak, DJ simpankan separuh dlm fridge. Hari ni cuma reheat kan shj. Betul tau, kalau makan daging stail gini memang wajib kena tambah nasik. Tu yang problemnya....faham-faham jer lah kan....hehe.


Resepinya teramatlah mudah kalau nak cuba. Cuma sukatan lada hitam tu bolehlah adjust mengikut tahap kepedasan masing-masing yer. Yang belum pernah mencuba masakan sebegini, cubalah sekali. Kalau sedap, buatlah lagi. Kalau nak tau, DJ adalah penggemar masakan blackpepper. Dah biasa masak...paling kurang 3 kali sebulan....hehe.

Bahan-bahan :
  • hirisan daging rebus secukupnya
  • lada hitam secukupnya (ditumbuk kasar)
  • 1 sb kicap pekat
  • 2 ulas bawang putih cincang
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 sudu makan kicap manis atau secukupnya
  • 1 sb sos tiram
  • 5 biji cili padi (diketuk)
  • sedikit hirisan daun ketumbar
  • sedikit hirisan kapsikum
  • 1 sb jus lemon
  • sedikit bancuhan tepung jagung (jika suka)
Cara-cara :
  1. Perapkan daging bersama 1/2 sb kicap pekat dan lada hitam selama 10 minit.
  2. Panaskan sedikit minyak masak di dlm kuali. Tumis bawang besar  dan bawang putih hingga perang. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Kacau hingga mendidih.
  3. Masukkan daging dan juga kicap pekat. Kacau sebati. 
  4. Masukkan pula kapsikum, cili padi, kicap manis dan juga jus lemon. Kacau lagi. 
  5. Perasakan dgn garam dan gula jika perlu. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan daun ketumbar. Kacau hingga kuahnya sedikit pekat.
  6. Hidangkan panas2 setelah masak.