Monday, March 01, 2010

Kek Lapis Alwani (Kukus)



Masih ingatkah lagi Kek Lapis Alwani yg pernah dyg buat tahun lepas?? Di sini yer linknya. Ramai yg dah mencuba resepi kek ni…berbanyak2 terima kasih dyg ucapkan kpd yg telah sudi mencuba dan bersusah payah menghantar report ke myresipi.com. Kalau tak silap org pertama mencuba resepi ni ialah Puan Hana….tq….lebiuuu!!!....psstt! tak teringin ker nak buat lagiii???...hehe…

Beberapa hari lepas, ‘feel’ nak mengukus kek ni tiba2 datang….agaknya dah lama sgt tak buatlah kot…teringat pulak tentang kesedapan kek Alwani ni….terus jer bersemangat nak buat lagi….kali ni guna mentega kerana kehabisan marjerin….sebenarnya, utk kek ni dyg prefer guna marjerin berbanding mentega sb dyg suka teksturnya yg agak lembut dan basah. Tapi rasanya tetap sama jika menggunakan kedua2 bahan ini. Kalau orang kata kek ni mcm kek lapis Sarawak yg lain, bagi dyg pulak, kek ni ada keunikannya tersendiri. Apa2pun terpulanglah pd penilaian masing2. Alhamdulillah…dyg bersyukur sb ramai yg memberi komen yg positif dan juga kritikan membina. Terima kasih sekali lagi.


Warna kek ni sebenarnya lebih cerah daripada dalam gambar..tak tau kenapa mcm blur jer ni....


Kek ni macam biasa, dikukus dgn menggunakan Loyang 6 inci mengikut saiz keluarga. Buat byk2 pun takut membazir pulak nanti. Sekadar buat utk minum petang, bolehlah tu. Lagipun, masa mengukusnya taklah lama sgt. Hanya buat 3 kali lapis, dah siap. Tapi berhati-hati yer….pastikan lapisannya betul2 dah tak cair, barulah dimasukkan adunan seterusnya. Ini utk mempastikan lapisannya sekata dan tak berombak-ombak. Penggunaan kismis pulak, jika menggunakan kismis hitam yg saiznya agak besar dan berat, dyg cadangkan supaya ia dihiris2 terlebih dahulu supaya apabila ditabur, adunan kek sentiasa ringan serta naik dgn sekata. Jika tidak, lapisan kek akan terjejas. Memadailah menggunakan kismis dgn kuantiti yg sedikit seperti yg ada dalam gambar. Jika tiada stok kismis, boleh juga menggunakan kepingan asam manis/hawflakes atau hirisan red dates. Selebihnya, ikut bahan2 serta langkah2 yg ada pada resepi. Cuma nak tentukan masa kek tu masak bergantung pd saiz serta jenis loyang dan pengukus yg digunakan.



Kepada yg belum pernah mencuba dan teringin nak cuba kek lapis kukus Sarawak, inilah antara kek lapis kukus yg paling basic utk anda pelajari. Memang senang sangat nak buat dan rasanya sungguh sedap serta tak muak. Selamat mencuba!

Bahan-bahan : Loyang 6 inci
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan horlicks
  • 5 biji telur A (pada suhu bilik)
  • 200 g marjerin (mentega pun boleh)
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • kismis hitam secukupnya (dihiris)
  • 1 sdt esen vanilla
  • pewarna hijau, merah dan kuning/oren
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Panaskan airnya. Sediakan loyang. Lengserkan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
  3. Pukul marjerin/mentega dgn gula sehingga kembang dan putih. (high speed)
  4. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar. (low speed)
  5. Masukkan susu pekat dan putar lagi. (low speed)
  6. Masukkan tepung dan putar hingga sebati. (low speed)
  7. Masukkan esen vanilla. Ratakan.
  8. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Warnakan merah, hijau dan oren.
  9. Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit atau hingga dah tak cair.
  10. Ulangi langkah 10 utk lapisan hijau atau oren. Kukus selama 15 minit atau hingga dah tak cair.
  11. Akhir sekali tuangkan lapisan seterusnya dan taburkan kismis. Kukus sehingga betul2  masak.

Kek Seri Kaya Sarawak / Sarawak Seri Kaya Cake

Buat Angie, terima kasih kerana sudi bertanyakan resepi Kek Seri Kaya Sarawak. 

Actually, I haven't tried this recipe yet. Honestly, never done it before...hehe. And not really sure if it's the one you're looking for. I took this recipe from myresipi.com since I don't have it here. Anyhow, hope it helps you ya.

Minta maaf sebab buat masa ni DJ tak dapat nak letak gambarnya sekali. Next time, DJ  akan cuba resepi ni dan upload gambarnya di sini yer. Tapi boleh tengok gambar asalnya di MYR.. Terima kasih juga kpd Elle kerana sudi berkongsi resepi ini.

Kek Seri Kaya Sarawak

Sumber : Elle Connie MYR 

Bahan-bahan :

  • 200g horlick 
  • 350g butter 
  • 100g gula 
  • 3 sudu besar gula hitam karamel (browning sugar)
  • 240g serikaya 
  • 10 biji telur ayam (asingkan telur putih & telur kuning) 
  • 250g tepung kek 
  • 50g tepung susu 
  • 2 sudu kecil double action baking powder & secubit baking soda 
Cara-cara:

    1. Pukul butter & gula sampai kembang.
    2. Pukul telur kuning & tambah serikaya & gula hitam & gaul sebati. Masukkan ke dlm No.1
    3. Pukul telur putih sampai 'stiff' & masukkan ke dlm No. 2.
    4. Sieve semua bahan kering & masukkan ke dlm No. 3, gaul rata.
    5. Masukkan ke dlm acuan 10 in & tutup muka kek dgn aluminium foil & stim selama 1 jam 45 minit.
    6. Selepas masak, Sprinkle with toasted sesame seed & biarkan sejuk.


    Another version :

    Sarawak Serikaya Cake

    Source : AlongRoz

    (Makes 8" round/square)
    INGREDIENTS:
    • 8 oz Butter
    • 160g Caster Sugar
    • 5 Eggs
    • 1 tsp Ovalet
    • 150g Serikaya
    • 200g Condensed Milk
    • 1 tin (170g) Nestle Cream
    • 1 tsp Essence Vanilla
    • 1 bottle (80-100g) Browning
    • 150g Chocolate Horlicks (I used plain)
    • 175g Plain Flour

    METHOD:
    1. Beat butter & sugar until fluffy.
    Add in egg one by one while beating.

    Add in the rest of the ingredients in the order while beating.

    2. Pour into greased & lined tin.
    Steam for 4 hours.

    3. Sprinkle toasted sesame seeds if preferred (I skipped) while cake is hot.

    *To AlongRoz, thanks for sharing this recipe.