Friday, February 05, 2010

Mee Kari

Walaupun dah byk kali ulang tayang mi kari ni, tapi nak tayang gak pasal  bulan ni tak buat lagi....tu yang kena refresh....hehe. Lega rasanya dapat makan setelah berhari2 tertangguh2 mcm laksa Sarawak tu gak...bilalah agaknya nak buat eh...nak beli tapau jer dari Deja Mos, malas pulak sb dah buat pes dia...cuma 'rajin' jer belum datang lagi ni...kalau ada sesiapa yg boleh tolong buatkan, sila2lah ke dapur dyg tu yer...nanti byr upah....hihik....

Oklah, mi kari ni sebenarnya baru jer siap utk hidangan makan malam. Maknanya hari ni, berjaya gak escape dp makan nasik...hehe. O ya sebelum tu, dyg nk ucap terima kasih byk2 kepada yg telah sudi mencuba resepi mi kari ni yer. Terharu sgt2. Bagi yg belum pernah mencuba masakan ni, sudi2kanlah mencubanya. Tak rugi pun. Kuah mi kari ni pulak kalau tak suka pekat, bolehlah tambah airnya. Cair sgt pun tak best pulak, nanti hilanglah keasliannya....lagi satu, mi ni tak perlu pakai santan, nanti cepat basi kalau nak simpanlah kan. Sebaliknya, hanya guna sedikit kerisik shj. Itulah kelainannya masakan kuah kari ni. Walau apa2pun, terpulanglah pd citarasa masing2. Yang penting, sedaaappp!!

Jom makan!!! Resepinya boleh rujuk DI SINI

Ayam BBQ Lada Hitam

Dah tak tau nak letak nama apa kat ayam ni. Tulis jerlah apa2 yg patut. Sebenarnya, ayam ni cukup rasa. Ada rasa manis, masam, masin dan sedikit rasa rempah. Memang sedap diratah atau dicicah dgn sos cili. Makan dgn nasi ayam pun sedap...tetapi dyg tak makan nasik hari ni. Sebaliknya buat mi kari jer.

Macam biasa, dyg tak perap ayam ni berjam2. Hanya direbus sedikit dan kemudian dipanggang. Dah siap. Tak sabar tunggu si princess balik dr sekolah. Mesti dia suka dpt makan ayam lagi petang ni....hehe.


Nilah resepinya....rugi tak cuba tau...memang sedaaaappp!!

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam sederhana (dibersihkan dan dipotong ikut suka)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu makan sos BBQ
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 2-3 sudu makan jus lemon
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sk serbuk lada hitam / lada hitam tumbuk
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sk serbuk lada sulah
  • 1 sb minyak zaitun / minyak masak
Cara-cara :  gaulkan ayam dgn semua bahan di atas dan rebus hingga 3/4 masak. Susunkan ayam di dalam dulang yang beralaskan kertas foil. Kemudian dipanggang bersama kuahnya pd suhu 200C selama 30 minit atau sehingga masak. Jangan lupa terbalikkan ayam semasa memanggang supaya masak sekata.