Semalam tuan rumah tak dapat nak present apa2 tentang daging kicap kaww2 tu sb dah terlalu penat. Actually, FIL dan SIL ada kat rumah dari hari Sabtu hingga pagi semalam. Seperti biasa, sekiranya ada tamu kat rumah tak kiralah sanak saudara, DJ pasti menyibukkan diri ke dapur di samping memberi layanan sebaik mungkin walaupun adakalanya terlupa nak memberi ruang utk diri sendiri...itulah DJ kalau nak tau...hehe. Sebaik shj FiL dan SIL balik, barulah terasa kepenatan teramat2 sgt. Lenguh satu badan!..Yang lucunya, masa nak menulis resepi daging kicap tu, DJ boleh terlelap lak depan laptop..huhu..sabar jerlah....nampak sgt mengantuk dan letih. Begitulah ceritanya...bla bla bla...lepas makan makjun Kacip Fatimah, barulah rasa bertenaga balik...hehe.
Disebabkan tenaga dah pulih umpama dah cas bateri, maka berlakulah tragedi kek cipon oren ni semalam...hehe. Terima kasih byk2 diucapkan kpd Mat Gebu kerana sudi mengizinkan dyg utk CNP resepi kek chiffon oren dari dapurnya utk dikongsikan di sini. Resepi asal kek adalah kepunyaan Gert yg sudah diterjemahkan ke dlm bahasa Melayu oleh Mat sendiri. Terima kasih sekali lagi kpd kedua-duanya. Overall, kek ni mmg best...gebu dan sedap! Saiznya pun agak besar...mak oii!...ingatkan loyang yg dipakai tak cukup menampung kek cipon nih...tapi alhamdulillah...setelah sejuk, barulah sama saiznya dgn loyangku yg bermasalah ituu...hehe
Kecewa sgt2 time keluarkan kek ni dari loyang...uhuk. Kena carik loyang lain lps ni yg 2 in 1 punyer....hmm... i know the place...just wait and see. ;) Oleh kerana skrg ni mmg tgh demam mencipon...jadi, kenalah carik loyang yg sudah lama aku impikan itu...hehe.
Apa2pun jom layan resepinya!
- 1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
- 1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak) - (tak letak)
- 6 kuning telur gred A
- 1/2 cawan gula halus
- 1 biji oren, diparut kulitnya
- 3/4 cawan jus oren
- 1/4 cawan minyak jagung/sayur
BAHAN B :-)
- 6 putih telur gred A
- 3/4 cawan gula halus
- 1 camca teh cream of tartar
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
- Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
- Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Tuang dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lengser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
- Terlangkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...
No comments:
Post a Comment