Sunday, January 22, 2012

Ayam Kicap Masam Manis


Ada yg bertanya, "kak dayang, sy perhatikan semua masakan akak tak pakai Ajinomoto. Akak mmg tak pernah guna serbuk perasa tu ke?"....hehe. Yup mmg btl tu. Memang x pernah guna dan tak pernah terfikir pun nak belikan stok tu. Sebabnya ada kes yg menimpa keluarga angkat sjk berpuluh2 tahun yg lalu. Sejak hari tu, akak mmg takkan menggunakan serbuk perasa ni. Tapi terpulanglah kpd selera masing2 kan. Nak guna pun boleh, tak nak guna pun boleh. Ikutlah citarasa anak tekak sendiri...hehe

Ok..tak nak membazir masa, jom kita layan resepi masakan ayam ni. Sedap sgt tau. Pada mulanya, DJ nk letak nama 'Ayam 3 Rasa'...tp bila dah rasa, semua jenis perisa ada...adehh...pening gak nak sebut ayam apa kan...heheh. Finally, DJ bubuh je la Ayam Kicap Masam Manis...lagi sesuai dgn rasanya yg masam2 manis gitu..tapi sedang2...hehe..susah nk jelaskan, kena buat sendiri baru tau rasanya mcm mana kan...

Resepinya mudah aje. Bahan-bahan pun senang nk carik dan semestinya wajib ada stok ni kat rumah. Kalau tak ada, mmglah nk kena beli...hehe. Sesiapa nk cuba resepinya silakan ye. Gerenti makan bertambah2 dibuatnya... ^__^

Ayam Kicap Masam Manis
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil atau boleh juga ambil bahagian isinya sahaja)
  • 2 sudu besar tepung goreng serbaguna
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 cm halia (dikisar)
  • 2-3 sudu besar cili giling
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • sedikit garam
  • 2 biji tomato (dibelah empat)
  • sedikit hirisan cili merah
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
Cara-cara :

  1. Gaulkan ayam bersama tepung goreng, sedikit air, serbuk kunyit dan sedikit garam. Perapkan ke dalam peti sejuk selama 15-30 minit. Kemudian digoreng hingga masak. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak bekas menggoreng tadi. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Masukkan cili giling dan tumis lagi hingga garing atau pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram, kicap pekat, sos cili dan sos tomato. Sebatikan. Kemudian masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih.
  4. Kemudian masukkan ayam dan bahan-bahan selebihnya. Masak hingga pekat atau ikut citarasa sendiri. Jika kurang rasa, bolehlah tambah apa-apa yang perlu. 
  5. Setelah masak, hidangkan bersama nasi putih dan sebagainya. Selamat mencuba!

Sedap dan menambat selera...

4 comments:

rahel said...

Salam Kak Dayang,klu lauk berkicap macam ni..memang my hubby makan banyak nasi..menu kegemaran family...

DjDayang Jack said...

w'salam rahel,

mmg btl tu...samalah ngn fmly akak..mmg laju je mkn..terus x ingat diet...hehe

Love2cook Malaysia said...

Kak Dayang cayang..here I come! With a finger with wire in it...hehe! Dah surgery my crooked finger...huhu! Another 5 weeks to remove the stitches and wire. See my fb wall for the pic...hehehe!

The chicken dish looks soooooo delicious la kak. Almost 2 weeks dah Love tak masak.

Gimme Hi5! I too never used Aji in my cooking. Not recommended...hehe

Shasha Mohamed said...

Apa yang berlaku pada keluarga angkat DJ?