Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Alhamdulillah berjaya gak post entri baru meskipun agak terlewat. Maklumlah tuan rumah mcm biasa busy sket minggu ni. Kalau senyap tak ada entri tu maknanya mmg tak online lah kan..hehe. Seperti biasa, terima kasih banyak2 atas kesudian anda singgah ke dapur yang tak seberapa ni yer. Bagi yg telah mencuba resepi2 di sini, DJ ucapkan berbanyak2 terima kasih dan semoga dapat memenuhi selera anda sekeluarga. TQVM.
Oklah, hari ni nak share satu lagi resepi kek kukus lapis yg cepat dikukus dan sedap dimakan...hehe. Rasanya dah 2-3 hari buat kek ni tapi tu lah, tak dapat nak post pd masa yg sama. Walaupun lapisannya berterabur sedikit, tapi mmg sedap, wangi dan moist gitu...ala, setakat buat minum petang, tak kisahlah kan cantik ke tak cantik, malas nk fikir dah...hehe.
Kalau guna coklat cadbury lagi elok rupa kek ni. DJ guna milk roundies jer sb tu jelah yg ada dlm stok. Apa2pun, kek ni tak manis sgt. Memang sesuailah dimakan bagi yang tak suka manis. Lagi satu yer, time dah masak tu, jgn terus dipotong, nanti jadi comot pulak....biar betul-betul sejuk dan coklatnya pun sejuk, barulah boleh dipotong dengan cantik. Itu saja tip mudahnya...hehe.
Jom layan resepinya...
Kek Kukus Lapis Coklat
bahan-bahan : loyang 8 x 4.5 x 4.5
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan nestum yang sudah dikisar dan sekali ayak
- 1 sk baking powder
- 250 g mentega
- 5 biji telur A (asingkan putih dan kuningnya)
- 80 g gula kastor
- 1/4 cawan susu pekat manis
- 150 g coklat Cadbury / Milk Roundies
- 1 sk esen vanilla
- pes pandan/pewarna hijau dan pes strawberi /pewarna merah
Cara-cara :
- Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Balutkan penutup kukusan dengan tuala. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega. Ayakkan tepung bersama baking powder dan satukan dengan nestum. Ratakan.
- Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk pengadun berasingan, putar kuning telur bersama susu pekat dan mentega hingga pucat. Kemudian, satukan dengan tepung tadi dan esen vanilla. Putar sebati dengan kelajuan perlahan.
- Satukan adunan tadi bersama putih telur dan putar lagi hingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan pes pandan/pewarna hijau dan satu bahagian lagi dengan pes strawberi/pewarna merah. Kemudian setiap adunan dibahagikan lagi dengan 3 bahagian. Kesemuanya ada 6 lapisan.
- Tuangkan lapisan merah terlebih dahulu dan kukus selama 5 minit. Kemudian, susunkan dengan coklat Cadbury tetapi JANGAN DITEKAN. Setelah itu, tuangkan adunan hijau perlahan-lahan di atasnya. Ratakan. Kemudian dikukus selama 7 minit. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, sila kukus hingga 15-20 minit lagi. (kek ini cepat masak dan tidak perlu dikukus terlalu lama)
- Setelah masak, angkat dan sejukkan terlebih dahulu barulah dipotong supaya lapisannya tidak comot.
Kukus waktu malam. Inilah hasil kek yg baru dikeluarkan dari loyang.
Cedaaaapp!
19 comments:
cantiknya DJ kek tu
cantik dan nampak sedapp la kek kukus tu..
boleh masuk list resepi ni...
@Chik Mimi
tq chik mimi...buat cincai jer tu...hehe
@Mas
mas, dah byk masuk list tu...hehe. InsyaAllah kalo free nanti sila2lah cube resepi ni ekk...tq
aduh sdpnyaa..lamak dh kmk x melapis tok..laki mek malar jak kuar signal nyuruh molah kek kukus..ekeke...
ktk kan diet?berik kmk jak..kmk tok diet pun dah ke cney dah
@HaSue
heheh, kita duak tok duak kali limak juak bah. diet dah sik tauk ke siney dah. sesat kali...haha.
apalagik, ju lah molah kek kukus, klak kirim juak ngn kmk. nah, ambiklah 2-3 slice tok dolok, mun sik cukup klak polah kedirik jak... :D :P
Nampak cantik dan menarik sekali. tengok gambar je dah terliur sedapnya.
p/s: jemput join contest sinar raudah
http://sinarraudah.blogspot.com/2011/03/contest-resepi-pilihan-sinar-raudah.html
Assalam kak DJ..sedapnya nampak kek lapis kukus ni,nak cuba buatlah cuma nak tanya coklat cadbury yg segiempat kecik2 tu ker?tq!
@Amy Syaquena
trm ksh sudi singgah dan komen. tq2. InsyaAllah, nanti kte singgah balik yer. trm ksh. :)
@Siti Indrawati
w'salam,
tq. kek ni mmg sedap dan senang je nak buat. Coklat cadbury yg kecik2 segiempat tu, yg tu ler. yang bulat2 kecik pun boleh gak. selamat mencube yer. tq
Salam kak dayang mnta izin nak cnp resepi eks..Teringin betoi nak try..InsyaAllah nak buat juga kek ni..Nmpak sedap sgt..
hi..
Jamu mata je le nampaknya. Nak jamu tekak memang tak terdaya rasanya. Daripada elok namanya kek lapis takut kang bertukar jadi kek tunggang terbalik. Hehehe
akakkkk...
miss uuu..wah nak try melapis jugak la kak dayang.ni kalau tukar ngan cekelat chip tu jadi ke jugak ek?tu kira coklat yg budak2 makan tu ke?
nak cuba jugak la, cam tak banyak telur tu trasa jugak nak try..
salam..sedapnya nampak kek tu dj..nak cuba tak berani..takut tak jadi
AsSalam akak,sy dah buat kek lapis resepi akak nih,alhamdulillah menjadi n sedap sgt,wlpun rupa xcntik n sememeh jer..Xmcm akaknya,kemas jer..Btw tengs kak coz sudi share resepi..Esk sy post kan kat blog sy,nanti jmput la dtg yer..
dah lama teringin nak buat kek lapis....
cantek! apa bezanya klau bakar ng kukus eh. resipi ni le ke kalu kita bakar?
cantik lapis2 kek ni.. msti membuatnya dgn penuh kesabaran.. klau akk.. samapi lapis 3 jer boleh sabar.. hihihi..
@MaDihays{Ida}
w'salam...
boleh jer nk guna loyang bulat atau pelbagai bentuk cuma saiznya kene ikut sukatan. Gandakan adunan jika menggunakan loyang saiz besar yer. tq dan selamat mencube....
Post a Comment