Wednesday, July 07, 2010

Udang Sambal Serai Harum

Dah tak tau nak masak apa hari ni. Tapi utk anak2 mcm biasalah, lauk ayam wajib masak tak kiralah ayam goreng ker, bakar ker, berkuah ker, janji ada. Yang mama dia org ni pulak stress tak tau nak makan apa...dah rendam daging dan ikan lepas tu masuk balik dlm esbok. Plan nak buat rendang jadi tak jadi sudahnya...huhu. Malas sgt2!!...

Akibat dp stress tu maka terciptalah satu lagi menu udang versi campak2. Memang stress! Tapi berbaloi2!! ...sebab masakan ni memang super mabeless!!!..si peminat fanatik udang ni gerenti suka....hehe..mcm tau2 jer siapa orangnya... :D

O ya, sejak dua menjak ni gambar2 masakan asyik2 ala kadar jer sb no time nak deko2 & nk pose cantik2...semuanya nak cepat..got so many things to do lah. Nak uruskan rumah, nak uruskan anak2 dan yg paling kena fokus skrg ni ialah nk 'extra' monitor pelajaran bdk2 ni since dia org tak tuition kat luar. Sebab tu lah tak sempat nak blogwalking atau update blog setiap masa. Faham-faham jer lah yer..hehe.

Dyg juga minta maaf sekiranya terlewat lg nk membalas mesej anda. Jgn serik yer utk tinggalkan jejak dan komen. Ada 2 lagi chatbox kat sblh tu. Pilihlah mana satu. Nak penuh2kan kedua2nya pun boleh...kalau ada free, dyg pasti akan reply. Sekali lg dyg berterima kasih kpd semua yg tlh sudi berkunjung dan menjadi pengikut dyg.


Oklah...jom layan resepi mudah dan sedap nih!...selamat mencuba!

Udang Sambal Serai Harum

Bahan-bahan :
  • 1/2 kg udang segar (dibersihkan)
  • 4-5 sudu besar cili kering kisar
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • 1 cm halia (dikisar)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 batang serai (diketuk)
  • sedikit daun kesum dan bunga kantan (dihiris halus)
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
 Cara-cara :
  1. Tumis bahan2 kisar, cili kisar serta serai hingga pecah minyak.
  2. Masukkan daun kesum, bunga kantan, daun limau purut dan sedikit air. Kacau hingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan udang, garam, gula dan asam gelugur. 
  4. Akhir sekali masukkan tomato. Masak hingga kuahnya pekat.

4 comments:

Ummiross said...

bestnya nampak,kecur air liur ni...

lina said...

kalau nama nyer UDANG tak pernah tolak recipe nyer. Bagus jugak campak jer tp sedap...

DjDayang Jack said...

>>Ummiross

tq sudi komen...udg ni mmg menepati citarasa..boleh cube jika sudi..tq

DjDayang Jack said...

>>lina

haa..tau xpe..hehe. Dah namanya peminat udg..mmg xleh reject...resepi campak2 tu ler yg best...hehe