Monday, May 10, 2010

Donut Suria



 Salam....

Kembali bersiaran di kayangan...sejak pindah rumah baru, mcm2 benda nak kena buat dgn template hijau ni. Ini pun baru separuh jalan.. (tapi kena off dulu, sebab masih busy dgn hal2 keluarga). Semalam si princess suruh tukar template yg dia suka...waduhh! macam mana ini ya???...nak buat benda ni pun ambik masa gak. Tak mcm yg kopipes tu...yang tu senang ler...hmmm, biarlah dulu...nanti2lah kalau rajin...hehe.

Jom layan dulu donut buat minum petang tadi. Hari tu skodeng kat dapur Hana dan CMG. Rasa teringin pulak nak buat sb dh lama gak x makan. Cuma, tuan rumah ada adjust sikit2 bahan2nya mengikut stok. Sedap dan lembut donut ni. Anak2 pun suka. 

Kepada CMG, izinkan DJ mengkopipeskan resepinya di sini yer. Thank you. DJ pun buat 1/2 adunan sahaja.

BAHAN-BAHANNYA :-) 
  • 3 cawan tepung gandum (DJ guna tepung roti)
  • 3 camca besar susu tepung
  • 3 camca besar gula halus
  • 3 camca besar lemak sayur (shortening)
  • 1/2 camca teh garam (yang ni mat tambah sendiri) (DJ pun add)
  • 200 ml air suam* (DJ campurkan air suam bersama susu segar)
  • 2 camca teh instant yeast*(*disatukan dan biar berbuih)
  • Sedikit lagi air (extra)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung gandum, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam. Kacau rata. Tuang bancuhan yeast + air suam dan gaul rata hingga menjadi doh, jika tak cukup air, tambah dengan sedikitlagi air. Uli hingga licin dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  2. Canai doh tadi dan terap dengan acuan donut, alih ke dalam dulang yang telah ditabur sedikit tepung, buat hingga siap. Biarkan 30 minit hingga naik (mat biarkan 45 minit).
  3. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas paper towel. Gaul donat dengan gula halus atau hias ikut suka...menghasilkan kurang lebih 17 biji donat...

6 comments:

Unknown said...

sedapnya donat :)

ct_nurmarlissaa said...

ermmm nakk buatt laaa

Neyna Naya said...

Sedapnye donat untuk kawan minum teh sore. Nak buat juge lah :)

DjDayang Jack said...

@cik EPAL

mmg sedaaaappp!..thanks 4 the visit... :D

DjDayang Jack said...

@ct_nurmarlissaa

selamat mencube yer...tq... :)

DjDayang Jack said...

@Neyna Naya

cube jgn x cube...sedap n gebus jer donut ni... ;)