Sunday, May 31, 2009

Sambal Terung


Untuk tidak menghampakan rakan-rakan blogger khususnya para pengikut dayang yg sentiasa mengikuti perkembangan aktiviti seharian esp masakan dayang, di sini dayang tampilkan bbrp resepi masakan(masakan yg tlh lepas) yang sempat dayang kongsikan bersama anda semua. Mana entry masakan yang xde resepi tu, harap bersabar dulu yer…nanti dyg akan update resepinya….Semoga dgn adanya entry baru ni, dpt menyerikan lagi blog dyg yang hampir sebulan hilang serinya dan semoga terubatlah kerinduan rakan2 sekalian yer…hehe. Selamat mencuba resepi2 dayang dan ceria2lah selalu!!!!...to Lina_pg, jgn lupa siapkan homework ni tau…:) Free nanti, dayang akan update lagi. Take care n Happy Father’s Day!


Sambal Terung

Bahan-bahan :

  • 1-2 biji terung panjang/bulat (dipotong dan digoreng separuh masak)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 sudu makan udang kering (dikisar)
  • Sedikit belacan (jika suka – dikisar)
  • 2 sudu makan cili kisar
  • Sedikit air asam jawa
  • Gula dan garam
  • Minyak masak
  • Cili merah (dihiris)

Cara-cara : Panaskan minyak di dlm kuali. Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga terbit bau. Masukkan terung, garam, gula dan air asam jawa. Tumis hingga kering. Hidangkan setelah masak.

No comments: