Thursday, March 29, 2012

Butter Cheesecake / Kek Mentega Keju

Salam rindu dan selamat petang semua....

Bersiaran kembali dengan resepi kek pulak ye. Simple je bahan-bahannya tetapi InsyaAllah, kalau makan mmg tak hengat dunia dah...hehe. DJ mmg suka kek butter campur cheese ni. Gebu dan lembut je. Sgt2 menepati selera DJ sekeluarga. Si boboy yg tak reti makan kek butter pun suka gak kek ni. Terlagi2 pulak tu...sungguh daku terkejut...hehe. 

Teknik mengadun kek ni ada lain sket. Jangan heran ye. DJ nak bagi kek ni tak nampak sangat kekejuannya itu tapi lebih kpd rupa kek mentega biasa. Menyentuh psl jenis mentega ni pulak, kalau nakkan hasil yg baik, gunakan jenama SCS atau Anchor ye. Kalau x ada choice, guna butterlite je. Kalau guna buttercup, takut terkering pulak nanti, tp ikutlah selera masing2. Tapi pastikan ikut sukatan dan 'step'nya dgn betul barulah dpt hasil seperti ini, ok. Selamat mencuba! ^__^ Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan jejak di sini. 


Butter Cheesecake

bahan-bahan : loyang 22cm-23cm
  • 250g tepung gandum (*ayak 3 kali bersama serbuk penaik)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik*
  • 6 biji telur gred B (asingkan putih dan kuningnya)
  • 200g mentega berkualiti tinggi (cth : SCS) - pada suhu bilik
  • 135g krim keju - pada suhu bilik
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 200g / 1 cawan gula kastor
  • secubit garam
  • keju parut untuk taburan - optional
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lengserkan loyang kek dengan mentega dan alaskan dengan kertas baking di dasar dan dan di sekelilingnya. Sapukan lagi dengan mentega. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan keju hingga kembang dan putih. Masukkan 1/3 cawan gula dan putar lagi hingga sebati dan gebu.
  3. Masukkan kuning telur satu demi satu sambil diputar perlahan. Kemudian masukkan esen vanilla. Sebatikan. 
  4. Untuk meringue : Putar putih telur bersama garam hingga berbuih. 
  5. Kemudian masukkan baki gula tadi sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kental dan bertanduk.
  6. Ambil sedikit meringue tadi dan satukan dengan adunan mentega. Kacau sebati secara kaup balik dengan rubber spatula atau senduk kayu. Kemudian ambil sedikit meringue dan ulangi proses hingga habis.
  7. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau secara kaup balik. Pastikan adunan tidak bergentel.
  8. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan ratakan. Jika ada keju parut, boleh juga taburkan di permukaannya.
  9. Bakarlah selama 1 jam atau hingga masak keperangan. 


sebelum pembakaran :)


Waduhh!...enak bangat!


20 comments:

:.Noor Zaleha Jaafar.: said...

Assalam...harap2 sempat nk buat untuk birthday cucu Ahad ni...Nmpak sedap...")

Peri PiA said...

Assalammualaikum sys DJ

Sedapnya ciskek,hmmm :)

ummiaisyah said...

kek tu nmpk sungguh sempurna...tak tahaannn!

Qasey Honey said...

asslm Kak DJ..tq share info butter tu yer...cntik kejadian kek tu...mesti sedap ni kek ni...

chumah said...

Salam ziarah....wah..berseleranya chumah nengok...rasa nak wat jugak le ujung minggu ni....from Batu Kurau with LUV !!

chumah.blogspot.com said...

Salam ziarah...wah...berseleranya chumah nengok..rasa nak wat jugak le ujung minggu ni...from Batu Kurau with LUV!!

Anna Qawina said...

wah..macam nak kena buat ni..hehe..nampak lembut je..nk save rsp kkak ek..tengQ

Gee® said...

aduhhh...mengancam jiwa raga lah ciskek tu...

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

assalamualaikum kak,
sedapnya tgk ciskek ni....

Hanim said...

As salam... Wahhh butter cheese cake, nak cube la nanti. Masuk list dulu...terima kasih... :)

Mas said...

sedapppnya....
nak try gak nnti..he3

MillFa Wild Orchid said...

Hurmmm dapat jamu mata je la:-(

MillFa Wild Orchid said...

Hurmmm dapat jamu mata je la:-(

izan said...

gebu ... nampak berselera ..

Sally Rashid said...

ya rabbi..tak tahan tengok kek ni..rasa nak terkam jer

cantik sungguh kejadian kek ni dayang. Kalau saya try..dapat ker secantik ni..?? huhuhuhu

Naz / Nadz COSK said...

Kak Noor, sedapnya tengok kek akak ni walaupun tanpa apa2 topping.
Naz dok terliur tgk daging gulai kawah akak kat bawah tu. Pekat menjadi betul nampaknya..

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

I just feel like digging into the cake la kak. You are always my Cake Queen lah! :)

Such a perfect looking cake...ooo lala!! :)

Citarasa Rinduan said...

kak..
gebunya...

ayu nak sepiring............

Uda said...

Salam kenal.....bestnye....nnti nk try, saya tayang kat.....bilaudamenulis.blogspot.com.

Uda said...

Salam kenal.....nk try and nk tayang kat....bilaudamenulis.blogspot.com