Thursday, November 03, 2011

Blended Orange Cake




Ni dah masuk kali ketiga buat kek oren blended. Buat 1/2 adunan, guna loyang cheesecake. Minyak masak pulak DJ gantikan dengan mentega cair. Memang bertambah sedap kek ni. Nak buat pun boleh pejam sebelah mata...senang sgt. Godek2 jap, tak sampai 1 jam dah pun siap. Memang ekspresslah...hehe. 




Kepada yg berminat terutama yg tak ada mixer tu, bolehlah mencuba resepi mudah ni. Hanya menggunakan blender je. Rasanya pun boleh tahan. Cuma bg pendapat DJ, kek ni terlalu manis. Sebab tu DJ kurangkan sukatan gulanya. Apa2pun, terima kasih sekali lg kpd k. Fida krn sudi berkongsi resepi mudah dan sedap ni. 


Blended Orange Cake
Sumber : Kak Fida@MYR
Sumber : DayangJack@DapurKu SaYang
  • 1 bji buah limau
  • 1 cawan minyak (DJ ganti dengan mentega cair)
  • 2 cawan gula halus (DJ letak 170g dan utk 1/2 adunan, DJ letak 80g )
  • 3 biji telur (DJ guna telur gred A)
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara
  • Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah-tengah. Potong lagi buah limau kecil-kecil bersama kulitnya sekali. (DJ hanya ambil isinya sahaja)
  • Masukkan ke dalam blender bersama minyak, gula dan telur dan kisar hingga halus.
  • Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati. (DJ campurkan sekali dengan parutan kulit limau)
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang yang beralas dan digriskan.
  • Bakar pada suhu 170C selama 40 minit hingga 1 jam atau hingga masak.

12 comments:

Unknown said...

sedapnyeeee.... teringin nak makan,.

Totie@Tomy said...

mintak sepotong..hehe

Junie Octovian said...

I've tried a few cake recipes from your blog. I love the egg-less cocoa cake so much. This one also looks easy. Boleh cuba la. Hasilnya pun sangat menarik. Thanks 4 sharing.

http://www.atuffatuff-1234.blogspot.com/ said...

akak pun pernah try rsp kek ni...tp tang gula tu memang kena kurang kan...mcm manis sangat..:)apapun kek ni memang nyaman...

kakna said...

kakna baru intai resepi ni .dj dah buat..boleh la kakna ikut..

Kitchen Maktok (Sajian Dapur Bonda) said...

Nampak sedap. Penyediaannya pun mudah. Nanti Kak Noor nak try buat. Kak Noor kalau bab-bab buat kek kureng sikit. Takut x menjadi. Tapi bila tengok kek ni, teruja pula nak cuba buat. Thanks 4 sharing.

rahel said...

Selamat pagi DJ
cantik kaler kek oren tu..Rahel pun suka sangat ngan kek ni..tak muak kita makan kan...hehe..

Oh ya,terima kasih kerana sudi follow dapur Rahel..

Anonymous said...

Kak dayang.. dah cuba kek ni.. sedap dan sgt easy.. sejam siap!!! =)

Cekgu Maz said...

salam..tengok resepi nie terus cam nak buat...jap lagi kalau sempat nak buat jugak..ade sebiji buah oren yg besar kat dapur tu..nak rasa adakah betul2 sodap..heheh mintak kongsi resepi ye...

Anonymous said...

DJ.salam perkenalan..baru jumpa blog DJ dah rasa jatuh cinta..saya baru nk try berblog. saya suka kek sangat2.. mesti cuba..dan tak sabar nak cuba lain-lain resepi.. esok nk buat nasi lemak. nak buat sambal ikut resepi DJ.. tq.

ainulidiris said...

nk tye klu kukus boleh x?

Anonymous said...

Nk Tanya la...resepi ni utk sukatan 1 adunan @ 1/2 adunan?