Tuesday, August 09, 2011

menu iftar 8 : Resepi Kerisi Masak Lemak Merah Berlengkuas

Assalamualaikum......

Hari ni InsyaAllah DJ akan update dua resepi untuk dikongsikan bersama. Tu pun tengoklah kalau line ok kan...hehe. Tapi dh diwar2kan kat FB yg DJ akan share satu resepi kek kukus. Nak bg laluan dulu kat resepi satu ni iaitu menu iftar smlm. Cam biasa, DJ kalau masak, kebanyakannya main campak2 jer. Janji sedap kat tekak. Ni ha, ikan kerisi ni. Oleh kerana hati berbelah bahgi nk masak antara masakan padang dan masak lemak kuning...last2 jd masak lemak merah. Boleh gitu kan...hehe. mmg boleh pun...sendiri punya resepi dan ciatarasa, lantaklah kan...Alhamdulillah cukup kena dgn selera tekak...syukur dpt tekak yg x cerewet...haha

haishh...meleret2 lak citer. Mood ni kdg2 ok, kdg2 tak. Hari ni pun tak brp ok. Tapi oklah gak....mungkin ada certain perkara buat DJ happy, ada sesetengah perkara tu plak buat sakit hati. Biasalah kan, manusia mana tak ada perasaan. Cuma apa yg perlu kita lakukan ialah bersabar dan terus bersabar. Banyak pahalanya org yg bersabar nih. Inilah ujian Allah utk menaikkan darjat dan menguatkan seorang hamba.

Ok, jomlah kita semak resepi mudah dan sedap ni. Selain menu ni, DJ ada buatkan sambal tempe sekali. Memang sedap sgt. Kalau rasa berminat, boleh lah cuba resepi ni yer. Kejap2 lagi entri kek akan menyusul.

Kerisi Masak Lemak Merah Berlengkuas
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 4 ekor ikan kerisi (dibersihkan)
  • 2 batang serai
  • 2 keping asam gelugur
  • santan secukupnya
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • garam dan gula secukup rasa
  • hirisan daun kunyit - optional
bahan-bahan kisar :
  • 3 biji cili merah (dibuang biji)
  • 4 biji cili padi
  • 1 cm kunyit hidup
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci halia
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan kisar dan serai hingga wangi. 
  2. Masukkan sedikit air, ikan, kiub ikan bilis dan dikuti santan. Kacau perlahan-lahan hingga mendidih.
  3. Masukkan garam, gula, asam gelugur dan daun kunyit (jika suka). Kacau lagi hingga mesra.
  4. Hidangkan panas-panas sesudah masak.

7 comments:

ninazsyafinaz said...

Salam perkenalan..peberet ikan kerisi..selalu goreng atau buat asam pedas shj..nanti bolehlah cuba resepi nih plak :)

Citarasa Rinduan said...

salam..
aduh!!!!
kak dj,ayu meleleq sudah..
nak save lah.. try!!
thanks laling

hajar said...

uit sodapnyeeee.........

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
tgk ikan tu mmg menyelerakan ler akak... wah ada resipi kek kukus baru.. setia menanti nie tau akak.. hehehe

Gee® said...

ahai... menjejes air lioq

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

mcm memanggil2 jer si ikan kerisi tu mintak dijamah.. haii.. saborrrr.. lom masuk waktu berbuka.. hehe...
ikan kerisi mmg sedap.. isinya tebal & manis pulak tu...

cplud miera said...

As salam. belek2 resepi kt blog akk, tetibe jmpe lauk ni. kene try ni utk berbuka ptg ni. tq sharing ya kak :)