Saturday, June 04, 2011

Ayam Masak Merah Madu



Ayam Masak Merah Madu
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng hingga 3/4 masak)
  • rempah 4 sekawan (buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan cengkih)
  • cili giling secukupnya
  • sos cili secukupnya
  • 2 keping asam gelugur
  • 4-5 sudu besar madu (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 labu bawang besar (dihiris bulat)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • garam
bahan-bahan kisar :
  • 10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali atau periuk. Tumis bahan-bahan kisar dan rempah 4 sekawan hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram dan sos cili secukupnya. Kacau rata-rata. Kemudian masukkan air secukupnya. Kacau lagi hingga mendidih.
  3. Masukkan ayam, bancuhan madu, garam dan asam gelugur. Gaulkan sebati. Akhir sekali masukkan bawang besar. 
  4. Setelah ayam masak, tutupkan api. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih atau nasi tomato.


9 comments:

Citarasa Rinduan said...

ya ampun....
sedap nie layan dengan nasi panas2....
aduk... kak dayang.. sepiring boleh...

kejur..

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
ayam masak merah madu nie pasti anak2 suka makan nie.. mmg nmpk sungguh enak..

lina_pg said...

makan ngan nasi tomato/ns ujan pns..sedap ni..masuk list dulu

Nieza said...

sedapnya kak...menyelerakan..sabar jer nengoknya ni dah ler belum berbuka lagi..hehe

Mas said...

perhh...terliurnya tengok ayam tu.....
sedapppp...

♥LOVE2COOK♥ said...

OMG, can't stop drooling at those chicken pieces!!!

Manjeamusyuk said...

tengok gmbar pn dh nmpak sedap!!!

Hamba Allah said...

saya suka blog ni sebab bahan2 yang di gunakan mudah...saya tersangat suka...membuatkan saya bertambah yakin bahawa untuk memasak yang sedap itu tidak susah...

CamelliaCamie said...

BESTNYA BLOG NIE DA LAGU2 LAGI.. NAK CUBA MASAK AYAM MADU LA NIE MLM MCM SEDAPPP SGT2