Wednesday, June 08, 2011

Udang Rebus bersama Belimbing Buluh

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Sekali lagi tuan rumah menayangkan lauk udang...tapi menu ni dah agak lama berlalu...masa bercuti di kampung tempoh hari. Baru teringat nak share kat sini. Actually udang ni kakak yang masak. Walaupun sangat simple tapi saaaaangat sedap! Makan lagi dgn nasi panas2....pergghhhh! pengsannn!

Kredit gak buat kakak tersayang sb sudi masak udang kegemaran adik tersayang...ngeee...lebiu kak!!


Udang Rebus bersama Belimbing Buluh
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan : tiada sukatan
  • udang harimau secukupnya(dibersihkan)
  • air secukupnya
  • belimbing buluh secukupnya (dibelah dua jika suka)
  • bawang merah (dihiris)
  • bawang putih (diketuk)
  • serai (diketuk)
  • lengkuas (diketuk)
  • halia (diketuk)
  • cili merah (dihiris)
  • cili padi (jika ingin pedas)
  • garam dan gula
Cara-cara : Didihkan air di dalam periuk. Masukkan bawang, serai, halia, cili merah/cili padi dan lengkuas. Apabila air sudah mendidih, barulah dimasukkan udang dan bahan-bahan selebihnya. Setelah masak, hidangkan panas-panas.



4 comments:

Mas said...

akak..nak semangkuk udang rebus tu..
sedappnya tengok...

Ummi said...

Dayang, terliuuuurr betul akak tengok udang tu taaauu....weeeeyyy x tahan... :)

nor64 said...

salam dayang,

samalah kita merebus hari ni...tak kisahlah boleh kurangkan kolestrol..

Peri PiA said...

interesting!! prawns yummy