Monday, February 07, 2011

Kek Kukus Keju Lapis


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera....

Hari ni DJ nak share resepi kek kukus keju yg DJ buat ari tu. Kalau rasa nk cuba, silakan yer. O ya sebelum tu DJ nk minta maaf byk2lah atas kelewatan meng'update' resepi ni sb DJ tak selalu ada di depan komputer. Kebizian sungguh nampaknya tapi apa yg bizi sgt tu tak taulah...haha. 

Kek ni teksturnya mcm kek lapis Sarawak gak. Padat tetapi lembut dan basah. Cuma dari segi rasanya taklah terlalu manis seperti  kek2 Sarawak yang ada tu. DJ pun tak suka kek yg terlalu manis...mau pengsan dibuatnya...hehe. Kek ni dah cukup2 manisnya tau. Tetapi kalau nk manis lagi, bolehlah tambah gula atau susu pekat. Ikutlah selera masing2...hehe...ermm, ada ker yang berminat nak cuba resepi ni eh??..huhu. 


Oleh krn dah kehabisan stok coklat emulco, DJ campurkan sekali serbuk koko dgn coffee emulco. Memang harum dan wangi jer kek ni. Ditambahkan lagi dgn lapis pandannya...wallaa!..mmg best!. Next time nak buat lagilah. Kalau time raya nanti, rasa2 yang ni akan masuk list ler kot...


Oklah, jom layan resepinya. Abaikan shj gambar2 yg kurang menarik itu k...hehe.

Kek Kukus Keju Lapis

bahan-bahan: loyang 9 atau 10 inci
  • 250 g tepung gandum (diayak)
  • 7 biji telur A pd suhu bilik (diasingkan putih dan kuningnya) 
  • 250 g gula halus (dibahagi dua)
  • 2-3 sb susu pekat manis
  • 300 g mentega (pada suhu bilik)
  • 260 g krim keju (pada suhu bilik)
  • 260 ml krim putar / whip cream
  • sedikit pandan emulco/pes pandan
  • sedikit coklat emulco / pes coklat/ cofee emulco (DJ guna 1 sb serbuk koko + 1 sk cofee emulco)
  • sedikit esen vanilla
cara-cara :
  1. Panaskan kukusan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega.
  2. Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan 1/2 daripada gula halus sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental. Ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk pengadun yang lain, pukul mentega, keju dan susu pekat hingga gebu. Kemudian masukkan lebihan gula tadi dan putar lagi hingga sebati.
  4. Masukkan kuning telur satu persatu sambil diputar perlahan. 
  5. Kemudian, satukan adunan dengan meringue tadi dan sebatikan.
  6. Masukkan krim putar dan tepung secara berselang seli hingga habis. Putar lagi hingga rata.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Setiap bahagian dicampurkan dengan pes pandan, pes coklat/coklat emulco+coffee emulco, dan pewarna kuning+esen vanilla (boleh juga menggunakan pewarna/pes yang lain mengikut kegemaran masing-masing). Kemudian setiap adunan tadi dibahagikan lagi menjadi dua bahagian.
  8. Tuangkan lapisan hijau ke dalam loyang dan ratakan. Tutup loyang dengan kertas foil tetapi biarkan ia longgar sedikit. Kemudian kukuslah selama 10 minit atau hingga adunan dah tak cair. 
  9. Tuangkan lapisan kedua (kuning), dan kukus lagi selama 10-12 minit. Seterusnya lapisan ketiga. Ulangi proses hingga habis. Setelah ke lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-30 minit atau sehingga kek masak sempurna. 
  10. Setelah masak, sejukkan kek sebelum dikeluarkan daripada loyang. 

InsyaAllah, pada masa akan datang, sekiranya dipanjangkan usia dan murah rezeki, DJ akan kongsikan satu lagi  resepi kek kukus keju yg paling mudah dan beberapa lagi kek kukus Sarawak seperti Kek Madu Kemenyan, Kek Sabok Tun Razak, Kek Hati Parek dll. Tapi kenalah sabar menanti 2-3 bulan lagi la yer...hehe.

Apa2pun terima kasih sudi singgah dan tinggalkan jejak.


17 comments:

Mas said...

nanti mas pun nak try buat gak...
nak try wat kek lapis asam manis kukus kak dayang dulu..he..he..

DJ Dayang said...

@Mas

silakan yer mas. kalo buat kek asam manis tu, buat 2 loyang tau. seloyang bg kat akak k bebeh...hihik

anymz said...

ni nak masuk kan dalam list lah..raya nanti tak payah tempah2 kek lapis lagi.trima kasih daun keladi ya DJ,kalau ada yg menarik post kan lagi resepi..hehe

izahdaut said...

kak DJ..miss uuuuu..akak dayang nak cuti lama tuuu..moga dapat kite berjumpa lagi n sama sama merockingkan dunia bllog ye kak..lawa sungguh kek lapis ni..bila la nak datang seru melapis secun ini..

Qurrata A’ayun said...

alamak.. baru je berjinak2 dgn dunia blog masakan.. kak dayang nk bercuti pulak.. sy khatamkn resepi yg lama2 dulu laa.. selamat bercuti..

ct_nurmarlissaa said...

ermm..sedapp nih..blh dicoba...

Sheila Shafea said...

Salam peh kek lapis keju fv ru cantik menarik insyaallah ada masa nnt nak try tq resepi ye...nak 4 potong buat rasa boleh heheheh

DJ Dayang said...

@anymz
sama2. dyg ucapkan slmt berjaya yer dan psstt!, boleh lah bisnes kek lps ni...hihi.

Insyaallah, jika ade kelapangan, akan ade n3 baru. tq 4 ur support.

DJ Dayang said...

@izahdaut

haa, tu dia!..ingatkan dh xnk blogging dh...risau akak tau sb izah antara yg slalu skodeng n suke bersembang ngn akak d sini. last week sunyi btl kat umh akak ni..huhu.

akak cuti jap jer tu..stkt 2-3 bln kan, x ler lm sgt..heheh.. miss u dear!

buat kek lps ni tau... :P :D

DJ Dayang said...

@Qurrata A’ayun

tq..hehe. xpe, wlpn akak xde, tp blog ni sentiase tbuka utk semua...dont worry b happy... :)

DJ Dayang said...

@ct_nurmarlissaa

selamat mencube yer. hope u like it.. :)

DJ Dayang said...

@Sheila Shafea

alaa..cukup ker 4 potong??..amik 1/2 loyang jelah..ekeke.

nanti senang, cube2 buat ekk..berbaloi2...hehe

Mr. Mama said...

mm...mesti sedapkan
nak kena masuk list nie...
minta izin ya DJ

DJ Dayang said...

@Mr. Mama
silakan, mr mama. tq n smoga sukses!

Nieza said...

kak dayang, tak best la kalau akak cuti ...tak dpt ler nengok kak lapis cun melecun lagi....haha kalau saya buat kan kak kompom tak secun mcm ni...nanti tunggu sampai seru nk buat gakla w/pun secun org buat...hehehe

Baizura said...

kedak best jak kak dayang!! kamek blaja rah US tok.. ingin juak mok molah kek lapis tok.. mok nanyak, sitok ada 3 jenis mentega.. first is spread, nya byk vegetable oil.. second salted butter, and last one unsalted butter.. nak ney sigek patut kamek makey bah?

Azie Sanimin said...

kak DJ nak minta izin nak masuk list raya neh..nmpk sedap..dah terliur neh...aduyaiiiiii....~hehehehehe