Monday, September 27, 2010

Kek Coklat Lembut


Layan dulu yer...nanti update gambar lagi....tuan rumah kebizian sket masa ni. Thanks for stoppin' by.

Kek Coklat Lembut 

bahan-bahan : Loyang 9 inci @ 10 inci
  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur A
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sk esen vanilla
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1 cawan air panas
  • 1 sb ovalette
  • 1 sk baking powder
  • 1 cawan gula aising
  • 1 cawan gula perang
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lengserkan loyang pembakar dgn mentega dan alaskan dgn kertas minyak. Sapukan lagi dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Putarkan semua bahan (kecuali minyak dan air panas) sehingga gebu.
  3. Kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit sambil diputar hingga sebati.
  4. Tuangkan minyak jagung dan kacau sebati dengan menggunakan spatula.
  5. Kemudian masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 35-40 minit atau sehingga masak (ikut kepanasan oven masing2).
  6. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan kek sebelum dipotong. Boleh juga hiaskan dgn topping kegemaran.

1 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

salam, lama sudah tak ke mari, ada kek coklat, lembut lak tu... yummynyaaaaaaa!!