Tuesday, August 17, 2010

Puding Blueberry

Alkisahnya semalam beria2 nak buat pannacotta utk dihidangkan bersama lauk2 berbuka puasa tapi entah mcm mana lain pulak kejadiannya. Tak terlintas pun nak buat puding ni dan mmg tak masuk list pun. Selepas tengok tarikh luput inti bluberi ni, dyg terus cari idea mcm mana nak perhabiskannya dgn cara  yg lebih mudah. Kalau nak buat kek atau chilled cake, malaslah  pulak. Akhirnya, datanglah ilham ni. Alhamdulillah...anak2 kata sedaaappppp!!! Si mama dia org pun  apa lagi nak try rasa gaklah. Mmmmmm..bestttt!!...sesuailah dgn citarasa. Bolehlah, next time akan adalah siaran ulangannya. 

Ini resepinya yer jika ada yg berminat nak cuba.  Cepat, mudah dan sedap!

Puding Blueberry
Bahan-bahan :
  • 10 g serbuk agar-agar cap Tiga Ros
  • 1/3 cawan jus / inti bluberi
  • 3/4 cawan gula pasir (-/+)
  • 4 sb susu pekat manis
  • 1 cawan air (250 ml)
  • 2 cawan susu segar (500 ml)
  • 1 sb mentega
  • 2 sb tepung kastard + 2 sb air (dibancuhkan)
Cara-cara :
  1. Satukan air bersama gula dan serbuk agar-agar. Didihkan hingga larut.
  2. Masukkan susu segar dan susu pekat. Kacau sebati.
  3. Masukkan bahan-bahan selebihnya dan kacau lagi hingga kelihatan pekat. 
  4. Tuangkan ke dalam bekas besesuaian dan sejukkan terlebih dahulu.
  5. Hiaskan dgn topping blueberry atau fresh blueberries. Sedia untuk dinikmati. 

    12 comments:

    K.Nor said...

    salam dayang.. nak tanya tekstur puding ni keras cam agar2 atau lembut? tq .. psst!!! miss u :)

    dayang_jack said...

    w'salam kak Nor..puding ni lembut sedang2. Tak keras mcm agar2. tq...miss u tooo!!! ;)

    Sally said...

    Dayang..agar2 tu boleh choose mana2 kaler jer ker?..yg Dayang buat ni kalernya sama mcm warna susu ker crystal kaler.

    dayang_jack said...

    dyg guna kaler plain jer. mana2 pun boleh, janji ade..hehe. tq. selamat mencube yer.

    Kerull said...

    Salam DJ wah terliur betul tgknya...hu hu bila lah blih try ni..minat ada...daya yang kurang hik hik hik...

    dayang_jack said...

    w'salam...bl2 pun boleh asalkan rajin.hehe

    ..tu lah kan kdg2 bende senang pun trasa malas nk buat...mcm DJ ni gak...hihik. tq yer sudi komen.

    Ummi said...

    senang nampak..ummi nak try la nnti

    Lin Rosli said...

    Assalamualaikum Dan Salam Perkenalan Dari Kak Lin....

    Kalau Kak Lin Nak Cuba Buat Puding Ni Boleh Tak?

    dayang_jack said...

    @Ummi

    InsyaAllah sedap...selamat mencube yer..tq

    dayang_jack said...

    @Lin Rosli

    w'salam...trm ksh krn sudi tinggalkan jejak...selamat berkenalan. Sila2lah mencube resepi2 di sini yer kak. Semoga menepati selera....tq

    Yana said...

    Slm k.dayang..Yana nak ambik resepi nie yer..nak try buat..nmpk mcm sedap jer...senang pun senang....hehehe...TQVM..

    SARIMAH MD ALI said...

    Akum...boleh share resepi ni dengan saya? Nampak sedappp.