Tuesday, August 03, 2010

Ikan Bawal Tiga Rasa

Menu hari  ini adalah merupakan salah satu hidangan yg paling digemari dyg sekeluarga. Sedap dan sungguh menyelerakan. Biasa guna ikan siakap atau kerapu tapi kali ni try dgn ikan bawal hitam gergasi....terpaksa dikerat dua...hehe.


Resepi tiga rasa ni adalah mengikut citarasa tuan rumah dan anak2. Jika sudi, bolehlah cuba. Memang sedap!

Ikan Bawal Tiga Rasa

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan bawal hitam (digoreng hingga masak)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu)
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1/2 inci halia (dihiris)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 3 helai daun limau purut
  • 10 biji cili padi (dihiris)
  • sos cili secukupnya
  • sos plum @ sos tomato
  • sedikit sos ikan
  • 1 sb sos tiram
  • 2-3 sb sos cili thai
  • sedikit bancuhan tepung jagung
  • hirisan nanas, epal, tomato, timun, cili benggala dsb

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, serai, bawang putih, bawang merah, cili padi, daun limau purut dan halia hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan sedikit air dan semua bahan sos secukupnya. Boleh tambah garam dan gula jika suka.
  3. Seterusnya, masukkan tomato, nanas, timun, epal dan cili benggala. Kacau seketika. Kemudian, tuangkan sedikit bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah. Tak letak pun tak mengapa.
  4. Setelah masak, angkat dan tuangkan kuah tadi ke atas ikan yg sudah digoreng.
  5. Hidangkan.

9 comments:

HALAMANKU said...

kak Dayang memang syedap ikan bawal masak camtu.. nyum2 nak sekoq kak he he he

Noorma Ismail said...

dh lama cari respi ni..salin respi dulu yer..tq dayang :)

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

laparnyer kak dayang..

dayang_jack said...

@HALAMANKU

salam erma...wah3x!!..nak sekoq yer...meh akak bg yg br kuar dr esbok...buat sendirik tau... :P :D

dayang_jack said...

@Noorma Ismail

u're welcome...resepi ni tak rugi dicuba...silakan yer...tq

dayang_jack said...

@miMiE aZiMaSK ^V^

dah abih la yang...kene wat sendirik ler yer..nanti jgn lupe jemput akak skali...heheh...

Aya said...

nak cuba... tq...

dayang_jack said...

@Aya

u're welcome...selamat mencube yer...tq

Yana said...

slm Dayang..rasa mcm nak ambik resepi nie..nak buat utk bukak pose nnti..Yana ganti ngan ikan siakap...boleh kan..TQ...