Sunday, July 04, 2010

Triffles

Salam hujung minggu!....
2-3 hari ni tak sempat nak update apa2 sb sibuk dgn mcm2 hal. Ingatkan nak update malam tadi tapi dah lewat malamlah, hanya sempat tukar background jer...lepas tu terus capik!..hehe. Apa2pun, jom layan puding ni dulu...baru keluar dari dlm peti sejuk..nak pose pun tak ada style dah gara2 nak cepat...hehe. Nanti2 dyg cuba update entri yg lain lak kalau sempat....

Resepi triffle ni kalau yg belum pernah cuba lagi, silalah berbuat demikian yer sebabnya mmg tak rugi pun. Nyaman jer rasa anak tekak ni, lepas ni boleh buat lagi dan lagi...hehe. Terima kasih diucapkan pada tuan punya resepi ni,  Chef Hanieliza. Memang sedap!

TRIFFLES

Bahan-Bahan:
  • 1 bungkus kek swiss roll
  • 1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry
  • 1 tin fruit cocktail
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 3 sudu besar gula
  • 3 cawan susu segar
Cara:
  1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
  2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
  3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
  4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
  5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
  6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
  7. Masukkan ke dalam peti sejuk.

4 comments:

CikLilyPutih said...

sedapnya triffle tu ek

dayang_jack said...

mmg sedaap sgt2!..tak rugi cube..hehe..thanks...

Adnazthie said...

Salam petang Ahad Dayang..
Dah masuk dlm freezer..tak sabar nak rasa..asyik dok telan ayag liug aje lah ni..he he he tq..

dayang_jack said...

@Adnazthie

salam kak..dyg pun x sabar nk tunggu triffle tu sejuk...jgn lupe pas satu bekas utk dyg tau...hehe