Friday, July 23, 2010

Roti Arab (Resepi III) dan Kari Sardin

Salam...
Tuan rumah baru nak jenguk dapur...hehe. Trm ksh atas kunjungan anda. Lunch tadi masak yg ringkas jer utk anak2. Yang penting, wajib ada ayam dan sayur campur. Dyg lak tak tau nak makan apa. Lagipun tak ada seleralah. Mungkin dah kenyang sgt mkn roti arab ni kot...hehe. Si Danial tu lah, mcm2 permintaan, nak pizalah, nak nasik lemaklah, nak roti arablah...last2 buat roti arab guna resepi campak2...tak ikut resepi yg sebelum2 ni. Tapi kan, walaupun resepi main redah jer ni, dyg tetap ada sukatan campak2nya...hehe. Yahuuu!!!...semua rotiku naik kembang seperti yg diharapkan...Alhamdulillah...habis licin!..anak2 kata sedap, si hubby lak cam biasa, 'no comment'...tapi mkn bertambah2....hihik.

Roti arab ni mmg sedap dimakan bersama kari sardin. Itu kalau ikut selera penghuni dlm rumah ni lah. nak masak pun mudah jer. Hiris2 bwg dan halia, then, buat pes kari + cili sket, panaskan minyak, tumis bhn2 tadi, masukkan sardin 1 tin besar dan air secukupnya...perasakan dgn garam, gula dan letak sekeping asam gelugur...daah masak...senang jer kan....rasa pun sedap!


Sedap roti arab ni tau. Garing kat luar, lembut di dlm. Dah sejuk pun tetap garing. Nak cuba resepi?? Jom!!..

Roti Arab 

Bahan-bahan : hidangan utk 4-5 orang
  • 250 g tepung gandum
  • 2 sk yis mauripan
  • 1 sb susu tepung (jika guna susu segar tak perlu guna susu tepung)
  • 1 sb marjerin/mentega
  • 1 sb gula 
  • 160ml -170 ml air suam (boleh campurkan dgn susu segar)
  • 1/2 sk garam halus
Cara-cara :
  1. Satukan yis bersama air suam dan gula. Bancuhkan hingga gula larut. Kemudian biarkan sebentar sehingga yis berbuih. 
  2. Di dalam bekas yg agak besar, ayakkan tepung. Satukan dgn garam, susu tepung dan marjerin/mentega. Gaul2kan rata2. Buatkan lubang di tengah2nya, kemudian tuangkan yis tadi. Kacau dan uli hingga menjadi doh yg licin. 
  3. Setelah itu, simpankan doh di dlm bekas yg agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Biarkan ia naik selama 1 jam.
  4. Sementara itu, bolehlah buat kari sardin, kari ikan, kari ayam dsbnya....hehe.
  5. Keluarkan doh, uli sekali lagi dan bahagikan kpd beberapa bahagian (DJ suka buat yg kecik2 jer lagi kiut..hehe). Bulat2kan doh dan leperkan/canaikan. Jangan terlalu nipis atau terlalu tebal.
  6. Panaskan minyak secukupnya utk menggoreng. Setelah minyak cukup panas, goreng doh tadi satu persatu. Siram2kan roti agar ia naik kembang. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.
  7. Bolehlah dihidangkan bersama kari sardin atau lauk apa2 jelah...selamat mencuba!

4 comments:

Anonymous said...

Terima kasih Saudari dayang atas resipi yang sedap ni. Saya dah cuba memang menjadi dah sedap. Tapi saya punya tak secantik yang Dayang buat. Banyak jerawat kat permukaan. Tak licin macam yang Dayang buat tu. Thanks again.

anakcomel said...

salam kak.....
tumpang tanya...marjerin/mentega tu dicairkan @ tidak?

DjDayang Jack said...

@anakcomel
w'salam...

marjerin/mentega tu kalau nk cair pun boleh, taknak pun ok asalkan lembut pd suhu bilik ye . tq

zalina razak said...

Goreng dlm minyak byk ke