Wednesday, July 28, 2010

Ayam Masak Merah Harum

Lauk ayam ni adalah hidangan bersama nasi tomato tadi. Dah lama tak buat. Tu yg rindu setengah mati ni...hehe. Resepi pun senang jer. Jom layan!

Ayam Masak Merah Harum
Bahan-bahan :
  • 1/2 kilo ayam (digoreng siap)
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 senduk cili kering kisar 
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 kuntum bunga cengkih
  • 1 labu bawang besar (dimayang) - optional
  • sos cili
  • sos tomato
  • sos tiram
  • garam dan gula
Bahan-bahan mesin :
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
Cara-cara :
  1. Tumis bahan-bahan mesin dan rempah hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan daun limau purut. Tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan air secukupnya. Setelah mendidih, perasakan dgn garam dan gula. (Boleh juga dimasukkan bawang besar jika suka)
  3. Setelah kuahnya sebati, barulah dimasukkan ayam yg telah digoreng tadi dan gaulkan. 
  4. Hidangkan setelah masak. Sangat sesuai dihidangkan bersama nasi tomato.

4 comments:

Noorma Ismail said...

inilah lauk kegemaran anak lelaki saya...kalo boleh hari2 nk makan ayam masak merah...tension dibuatnyer..stok sos tomato kena beli yang besar..

HaSue said...

Salam..waduh,pahal ndak asik failed jak kmk nak drop mesej kat cbox ktk dua2 ya..x ngam ngan server kmk yg lembap tok kali.haha..
Apa2pun maok mintak ayam seketul tok..tuka ngan sehiris daging..hii..
rindu kitak eh..lamak sik lepak2 di alam maya sama2..umah kmk ya gik tunggang langgang..huhu..sibbait sik sempat jadi haunted blog.ekeke

dayang_jack said...

@Noorma Ismail

hehe..ok ler tuu..selera anak2 ni kan kalau x dituruti mmg susah..xpe, selagi die suka, masak jelah..yer tak??..lauk ayam ni mmg menyelerakan... tq

dayang_jack said...

@HaSue

w'salam...aik..kenak kah??..dah byk cbox kmk makey tp yg duak2 ya rasa2 dh ok...brgkali maok tambah sigek gik cbox ndak..ekeke..

kmk pun rindu ngan ktk juak koh...tp giney nak molah ndak...masing2 ada hal sendirik...xda hal bah..janji kita msh ingat antara satu sama lain... ;)