Wednesday, April 07, 2010

Puding Roti Pandan Kukus



Salam....
Hari ni tuan rumah msh belum sihat sepenuhnya. Tension betul! Tak suka virus yg satu ni. Jarang terkena, tapi bila dah terkena, mmg lambat nak sembuh. Paling x suka bl ada kahak dan batuk2. Setiap 1/2 jam mesti masuk bilik air (faham2 jelah kan...). Memang takleh nk buat kerja lain termasuklah nak mengadap komputer. Ni dah dekat 2 minggu. Masih belum ada perubahan. Aduh!!...mmg tension!!! 

Apa2pun, terima kasih byk2 kpd yg telah sudi mendoakan kesihatan dyg agar cepat sembuh. Terima kasih sekali lagi atas keprihatinan rakan2 semua. Memang tak sabar rasanya nak baik seperti sediakala. Rindu pulak dgn suara 'asli'ku itu...hehe.  

Oklah,  smlm sempat juga 'blogwalking' skjp sambil2 membalas mesej yg ada tapi minta maaflah yer sayang2 semua, dyg tak sempat nk membalas kesemuanya pd satu masa sb jari jemari ni msh lemah lagi. Terkial2 nak menaip...tapi akan dibereskan sedaya yg boleh. Jangan ada yg berkecil hati yer kalau mesej yg kat shoutbox satu lagi tu tak terjawab. Sabar ya.... ;)

Untuk tidak menghampakan rakan2 sekalian, hari ni dyg tayang satu lagi projek makan2 yg sepatutnya di'post' pd bulan yg sudah. Bukan menu bulan ni yer. Hari ni pun dyg masak simple2 jer utk anak2. Tadi lps lunch, plan nak buat skon tp entahlah, malas bukan main lagi....huhu. 

Puding roti ni dyg dah buat kali kedua mengikut resepi Kak CT. Yang mula2 tu tak sempat nk ambik gambarnya. Kali kedua ni, dyg buat dalam versi sendiri pulak gara2 nak cepat...hehe. Lepas blend daun pandan dan tapiskan airnya, dyg blend semula air daun pandan dgn semua bahan yg ada tu. Lepas tu, kukus mcm biasa. Sukatan gulanya pula dyg kurangkan tapi add susu pekat sket. Sori yer kak CT, dah jadi versi lain pulak...hehe. Walau apa2pun, puding roti pandan hasil idea kak CT ni mmg sedap tau. Tak rugi mencubanya. 

To kak CT, thanks a lot. Resepinya dyg dah lama mintak izin dari kak CT utk dikopipeskan di sini. Thanks yer kak. 

Puding Roti Pandan Kukus
Sumber : kak CT

Bahan-bahan:
12-14 keping roti putih/gardenia (tak perlu buang kulit tepi)
15 helai daun pandan
1 biji kelapa parut (CT guna santan kotak 100 ml)
5 cawan air
2 biji telur (dipukul ringan)
1 cawan gula pasir (sukatan manis ikut selera masing2)
1/2 sudu teh esen vanila (DJ tak letak)
sedikit pewarna hijau (DJ guna pes pandan)
sedikit garam

Cara-cara:
1. Bersihkan daun pandan, kerat kecil2 dan blend dengan kelapa parut dan air. Tapis untuk mendapatkan santan yang kini berperisa pandan.
2. Dalam mangkuk besar, masukkan telur, gula pasir, santan dan sedikit garam tersebut. Kacau sekejap untuk melarutkan gula.
3. Masukkan esen vanila dan sedikit pewarna hijau, kacau lagi hingga rata.
4. Celupkan roti dalam campuran santan tersebut hingga serap sepenuhnya dan susun dalam loyang. Buat sampai habis dan tuang sedikit lebihan santan atas roti tadi. (CT letak plastik dalam loyang supaya mudah untuk dikeluarkan nanti).
5. Kukus roti tadi selama 15 - 20 minit. Sejukkan dahulu baru di potong. Selamat mencuba ....

8 comments:

joegrimjow said...

nak cuba pun
banyak bahan xde kat sini
huhu

NORLI said...

salam Dayang...nampak sedap tu..yg dok meleleh atas puding tu Ganache ye..???? akak nk try ..boh dlm list akak dulu..love u always.

HALAMANKU said...

salam kak dayang syedapnyer... tang coklat yang x tahan...nak juga...

Watierman, rmanbkr said...

Hrmmm belum sihat pun dah siap mengukus segala...memang rajin DJ ni...Akak tak tahan nengok ganache tu meleleh cam nak jilat jer!

dayang_jack said...

>> joegrimjow

rajin btl ler adikku yg sorang ni...cian die bhn xde eh...xper2, meh makan kat sini dulu..jgn sedih2...

dayang_jack said...

>> Kak Norli

w'salam kak...tq. hehe...puding tu mmg sedap kak oii...must try...ganache tu sebenarnya lebihan topping utk wat kek coklat sebelum ni..hehe...lebiu too!

dayang_jack said...

>>erma

w'salam...tq erma krn sudi komen...meh la rasa sket puding ni... ;)

dayang_jack said...

>> Kak Watie

ala kak...roti dah nak expired, tu yg terpaksa buat..heheh...rajin sgt taklah gak...ekeke