Wednesday, January 06, 2010

Nasi ala Bukhari




Petang semalam sempat jugalah masak nasi ala Bukhari memandangkan beras Basmathi masih ada sikit lagi. Cukuplah utk hidangan kami sekeluarga. Memang sesuai sangatlah makan dgn ayam Madras tuu...hehe. Alhamdulillah...habis licin!....tak sia-sia masak. Sepatutnya nasi ni dimasak utk hidangan tengahari tetapi entah mana silapnya, angin malas tiba2 menyerang...huhu. Namun, nak tak nak kena masak jugak sb beras dah terendam lama sgt. Kugagahkan juga hati ni utk menandingi serangan 'M' itu. Sebenarnya tak susah mana pun nak masak nasi ni. Resepi pun ikut selera sendiri. Janji sedap!....mmg sedap punnn!!!...walaupun tak make up tebal...hehe.



Sebelum ni, dyg suka tapau jer nasi Bukhari ni. Ada satu restoran kat area Keramat tu..entah dah lupa nama restoran tu. Memang sedap nasi Bukharinya walaupun agak mahal sedikit. Sekotak tu boleh makan utk 2 orang. Berbaloi gak lah sb banyak tapi yg paling penting, sedap!... skrg ni ikut mood gak, kalau rajin, buat sendiri... kalau malas, beli jer. 




Nilah sample rempah Bukhari Faiza. Dah lama beli tapi baru skrg nk guna. Rempah ni kalau tak jumpa gak, bolehlah buat sendiri (kalau rajin la kan...hehe). Bahan2 campuran termasuklah, kulit kayu manis, jintan manis, jintan putih, jintan manis, buah pelaga, cengkih, bunga lawang, buah pala, lada hitam, bunga pala dan sajira. Kisarkan kesemuanya...jadilah rempah. Tapi yg paling basic ialah  kena ada kayu manis, jintan manis, jintan putih dan buah pelaga.

Ok, ni lah resepinya jika sudi nak cuba yer. resepi ni bolehlah adjust mengikut taste sendiri.

Resepi Nasi Bukhari (my style)

Bahan-bahan : utk 4 orang makan
  • 2 1/2  pot kecil beras Basmathi (direndam 3-4 jam dan dituskan)
  • 3 pot air
  • 150 ml susu cair
  • 2 sudu makan serbuk kari daging
  • 1 sudu makan rempah Bukhari Faiza
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 1 cm halia (dihiris)
  • sedikit daun ketumbar / daun pudina (dihiris)
  • 2 sudu makan puri tomato
  • sedikit badam (ditumbuk)
  • sedikit gajus (ditumbuk)
  • 2 sudu besar minyak sapi (ghee)
  • bawang goreng
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • garam secukupnya
Cara-cara :
  • Rempah dan serbuk kari disatukan serta dibancuh dgn sedikit air. Kacau rata2 dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang2 dan halia hingga terbit bau.
  • Masukkan pes rempah tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  • Masukkan puri tomato dan kacau lagi.
  • Masukkan badam/gajus tumbuk, air dan susu cair. Kacau perlahan2.
  • Kemudian masukkan beras, garam dan daun pandan. Tanak seperti biasa.
  • Setelah hampir kering, taburkan bawang goreng dan hirisan daun ketumbar/daun pudina.
  • Biarkan seketika hingga nasi masak sempurna.
***boleh juga guna rice cooker.
***gajus dan badam ditumbuk utk menyedapkan lagi rasa pd nasi Bukhari.

psst!...nasi ni sebenarnya berwarna coklat perang. Disebabkan cahaya lampu, warnanya jd mcm kat dlm gambar tu...huhu.

10 comments:

salamdariborneo said...

pernah makan nasi ni,memang sedap.ish dah banyak masuk list ni,entah bila nak buat.

MeknaBlog said...

wow...pg2 dh nampak nasi bukhari pulak..nampak sedap...nk cuba la nnt resepi kak DJ ni....membuat kan kite lapo jeee..

dayang_jack said...

>>k.Maria : mmg sedap kan...ni lah slh satu nasi berempah yg paling dyg suke....tu ler psl, bl dh byk sgt list mmg ssh nk wat pilihan...hehe

dayang_jack said...

>>MeknaBlog : hehe...akak nk post mlm tadi tp jari ni pyh beno nk menaip...tu psl tayang ari ni jer. mmg sedap tau...nanti try yer...nak pelawa mkn skrg ni nasik dh habis pulak..hehe

zai@umiaiman said...

sedapnr.. beras pun nmpk cantik jer..rajin ler kak dayang ni..

LOVE2COOK said...

Hi KakDayang! Wow, that rice looks really tasty. Is Bukhari similar to Briyani? Never seen the Faiza Bukhari spice b4, so I just googled for it...now I know how the pack looks like! kekeke ;)

Dah abis ker nasi tu kak??? Aisey, thought wanna have lunch with U! uhuk uhuk! ;)

HaSue said...

Kamek maok tapau dari kitak jak eh nasik yaa..kat sitok sik jumpa beras basmathi yaa..mun balit miri baru dpt beli.hukk...sian kamek kan!hehe

dayang_jack said...

>>zai@umiaiman : tq...hehe. beras basmati ni sebenarnya kena ikut sukatan air yg sama ngn berasnya tapi akak lebihkan sikit supaya nasinya betul2 kembang dan panjang. Barulah berselera makan...itu taste akak lah kan..hehe

dayang_jack said...

>>Love :

Actually nasi Bukhari tak sama dgn nasi Beriani. Mungkin ade sikit bahan2nya yg hampir sama tapi nasi ni ade kelainan dr segi rasanya. But i tell u what, this Bukhari rice is really tasty n spicy. it fits my tatse too!...hehe. Cuma kdg2 akak fikirkan anak2 nk makan juga, so, akak buat tak brp pedas. But still ok. Hehe. Try la once. u will like it! rempah Faiza ni mmg sedap tau. Resepinya pun ade kat paket tu gak. yg resepi ni akak adjust sendiri. hehe.

dayang_jack said...

>>HaSue :

o yakah??? sian ngan ktk oo...kmk nak merik nasik dh habis. Kelaklah kmk molah agik, pos utk ktk juak..jgn nangis k...hehe