Tuesday, November 03, 2009

Coleslow Ringkas

Salad ringkas ni adalah kegemaran si Princess. Pantang beli KFC, dia mesti nak coleslow juga. Jadi 2 hari lepas, hubby tapau ler 1 set KFC utk hidangan makan malam kami. Tak ada tinggal2 atau simpan2, habis licin masa tu gak. Lagipun dyg dah pesan kat anak2, kalau nak makan, makan sampai habis, jangan membazir terutamanya makanan yg dibeli dari luar. Dahlah mahal dgn tax nya lagi, kalau tak habis, mmg tak berbaloi. Itu yg selalu dyg pesan kat anak2.

Ok, dipendekkan cerita,..the next day, si kecik lak tiba-tiba tanya ada lagi tak salad (dia tak reti nak sebut 'coleslow'..huhu). Dyg kata dah habis. Lepas tu dia asyik merengek jer lah nakkan salad ni. Heran pulak sb malam tu kita offer dia makan salad, dia tak nak pulak. Dari pagi sampai ke tengahari tu dia pok pek pok pek pasal coleslow. "Mami, buat salad, sekarang!! tu ada kobis!!!". Kebetulan dyg nak masak sayur campur. Jadi, kuturutkan sajalah kemahuan budak ni. Dalam hati, betul ker budak ni nak coleslow?? Sebelum ni mana pernah dia makan coleslow.. Nasib baik ada bahan. Kalau tak, jenuhlah nak melayan 'rengekan' si kecik ni.

Dah siap semua, kita bubuhlah dalam mangkuk nak bg dia makan. " Tak nak dlm mangkuk. Nak dlm plastik salad, mayonis nak banyak2! " huhu....nasib baiklah mangkuk plastik KFC tu banyak dlm simpanan. Jadi, kita bubuhlah dlm tu..biar nampak betul2 dari KFC...hehehe...apa2 jelah, janji dia makan.

Resepi Coleslow ni dah lama dyg letak kat kat dapur myr tu. Tapi sudah dieditkan di sini. Memang sedap meratah coleslow ni....

Bahan-bahan (4-5 orang )

  • 200gm kubis segar (dicuci dgn air garam dan dihiris halus)
  • 1 batang lobak merah (dihiris halus)
  • 4 sudu besar mayonis (boleh tambah/kurang)
  • 1 sudu kecil cuka makan/ jus lemon (boleh adjust ikut citarasa)
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
  1. Gaulkan rata2 semua bahan di dlm satu bekas.

  2. Simpan di dlm peti sejuk sblm dihidangkan.

5 comments:

erlyda said...

Hi Dayang..nak tanyer ni..selain dari cuka apa yang leh kiter letak dlm coleslow tu..sbb sy ni klau mkn cuka nnt sakit perut

dayang_jack said...

erlyda , hi...kalau taknak campur cuka, boleh gantikan dgn jus lemon, selamat mencuber yer...:)

nurindah said...

salam kak dayang,
bagus resipi nih. hubby saya suka makan coleslow.

dayang_jack said...

nurindah, waalaikumsalam...mmg sedap. cubalahyer. lagipun senang nk buat...hehe

Qaseh Leeyana said...

sedap sangat resepi nie kalo digandingkan dengan chicken chop.. tapi kalo makan dengan roti pon delicious jugak.. hingga menjilat jari gitu.. hehehe