Monday, November 09, 2009

Ayam Panggang Berempah II

Salam....

Harap2 member2 semua berada dlm keadaan sihat dan ceria selalu. Bagi yang bekerja, selamat menjalankan tugas dgn penuh dedikasi. Sekali lagi dyg berterima kasih kpd semua pengunjung krn tak jemu2 singgah dan bertandang ke sini. Kepada rakan/pengikut yg baru, terima kasih byk2 krn sudi sign in & tak lupa juga bagi yang telah mencuba resepi2 di sini, thanks a lot ya.

N3 semalam hanya tayang gambar jer. Tak sempat nak tulis apa2. Lagipun 2-3 hari ni mmg tak boleh nak mengadap laptop lama2 sb tu senyap seketika. Siap ada yg sms lagi ke manakah hilanglah si dayang ni..hehe. Ada gak yang risau eh....terharu dah ni...bukan masalah lappie tak ada, ada...cuma sakit mata dan rasa mual2 lah nak mengadap lama2. Hilang terus mood nak bercerita. Ditambah lagi dgn ragam anak2, aduhhh!...pening2....nak cerita pun dah tak lalu....huhu.

Hari ni ok sikit. Bolehlah melayan benda alah ni. Sebenarnya, tak abis lagi nak bercerita pasal ayam berempah versi panggang ni. Semalam buat dlm 1/2 ekor tapi tu pun dh cukup banyak sb ayam ni saiz XL. Mula2 ingat nak buat ayam tandoori Kak Hanieliza setelah melihat gambarnya kat umah Kak Nor Ganu tu. Tapi terlupa pulak nak beli perencahnya masa ke pasar hari tu padahal dh masuk list...yg list tu pulak terlupa nak bawak sekali...Alahaii...kena tangguh lagilah nampaknya....

Finally, buat je lah apa2 yang patut dgn ayam ni. Resepi pun macam biasa, main campak2. Tapi yang ni mmg btl2 lah fit my taste. Ayam panggang berempah sebelum ni pun sedap juga tapi tak sempat nak menikmati betul2 sb nak diet konon2nya..hehe..

Mula2 ingat nak nak goreng jer ayam ni tapi tak jadi. Panggang je lah dgn kuahnya sekali. Macam biasa, rebus dulu dgn perencahnya sehingga 3/4 masak, lepas tu bubuh minyak zaitun dlm 2 sudu besar, gaul2kan dan susun dalam dulang berbalutkan kertas foil. Kemudian, panggang 15 minit, terbalikkan ayam, dan panggang lagi 15 minit. Bila dah masak tu, kitalah orang pertama buat ujikaji dulu mcm dlm lab ler pulak...hehe. Memang sedap!!! siap ratah 3 ketul lagi tuu..tak pernah2 dibuat....hihik.

Di sini dyg sertakan resepinya yer, mana tau kot2 ada teringin nak cuba....lagipun resepi ni berbeza sedikit dgn yang sebelum ni.

Ayam Panggang Berempah II

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong ikut suka)
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1-2 sudu besar cili kering kisar
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 cawan air
Bahan-bahan kisar :
  • 5 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 4 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
Cara-cara : Gaulkan kesemua bahan di atas dan rebus sehingga 3/4 masak. Kemudian, masukkan 2 sudu besar minyak zaitun atau minyak masak. Gaulkan. Panaskan oven. Sediakan dulang yang dibalutkan dgn kertas foil. Masukkan ayam serta kuahnya dan panggang hingga keemasan selama lbh kurang 30 minit. (terbalikkan ayam selepas 15 minit pertama dan panggang lagi 15 minit atau hingga masak - bergantung pada kepanasan oven masing2)

***selain dipanggang, ayam ini boleh juga digoreng

5 comments:

TintaCyber/DapurkuBerasap said...

kak dayang...nyaman juak rupa ayam goreng ya...post sekutul jak dgn org kuching...hihihi

LOVE2COOK said...

Adui!!! Ayam Panggang lagik...semua resipi ni Love KIV dulu sampai dpt Oven ye kak!

Right now, nak makan akak punye! kekeke! ;)

dayang_jack said...

TintaCyber : nang nyaman bah bkn stkt ghupa jak ya..hehe. eh, kelak sik cukup mun seketul jak dipos..kamek pos sikok jaklah..boleh share ngn famili kitak...hehe

dayang_jack said...

Love : KIV, KIV lah Love..No prob. Jom, makan dulu ape yang ade nih..hehe

E-na Zarina said...

Amboi kak menarik tertarik nampak ayam panggang tu...ada lagi ker?