Saturday, October 03, 2009

Ketam Masak Merah

Hidangan yang sudah lama berlalu. Jadi, tak dapatlah nak jemput kawan2 makan yer...hehe. Anyway, lauk ketam ni adalah salah satu makanan yang paling ngetop kat umah dyg walaupun jarang dimasak. Tapi once dah masak, gerenti licin utk sekali hidang. Cukup berbaloi....

Biasanya dyg guna ketam bunga betina sb banyak isi berbanding ketam jantan. Dapat lagi yang fresh, mmg bestlah....jarang gak masuk dalam freezer sb bila dah beli, masa tu gak dyg masak. Barulah sedap...

Bahan-bahan :
  • 6 ekor ketam (dipotong ikut suka, direbus dgn sedikit garam sehingga 3/4 masak. Tuskan)
  • sedikit daun sup/daun ketumbar
  • sedikit hirisan tomato
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 4-5 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • sedikit air
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar kicap manis
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
Bahan-bahan di bawah ini dihiris kecil2 dan ditumbuk halus:
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji cili merah
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai
Cara-cara :
  1. Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan cili kering dan jintan manis. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap. Kacau rata2 dan masukkan sedikit air.
  4. Setelah mendidih, masukkan ketam dan bahan2 selebihnya. Perasakan dgn garam dan gula jika perlu.

2 comments:

indahhouse said...

salam kak dayang, tak sabarnya tunggu resipi ketam masak merah kak dayang.

DjDayang Jack said...

indahhouse : wlkslm....line clear nanti akak update yer...mmg sedap masakan ni tau...hehe..