Sunday, October 18, 2009

Kari Sardin

Rasa-rasa dah hampir setahun tak masak kari sardin. Maka utk lauk tengahari tadi dyg masaklah sikit memandangkan stok sardin ada lagi 2 tin kecil. Lauk lain yang dimasak tapi tak sempat masuk n3 ialah ayam masak kicap, ikan goreng dan sayur. Walau bagaimanapun, bila dah ada kari sardin ni, tak pandanglah lauk lain. Sungguh sedap sampai licin...huhu...tak dapatlah nak share ngan kawan2...heheh...

Anak2 pun siap main ratah lagi kari sardin ni. Nasib baiklah bubuh sikit je cili kering. Kalau tak, pasti berasap ler telinga bdk2 ni...hihi....tu lah penangan sardin ni kan...masak kicap pun sedap, masak kari pun sedap...masak apa2 je lah pun tetap sedap.


Bahan-bahan :
  • 2 tin kecil sardin
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 sudu makan serbuk kari ikan (dibancuh dgn sedikit air)
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 3 biji bawang merah (dimayang)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 cm halia (dicincang)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • sedikit garam
  • 1 sk gula
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan cili kering dan tumis lagi hingga garing.
  3. Masukkan pes kari dan tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sardin, cili merah, bawang besar dan sedikit air. Gaulkan sebati.
  5. Masukkan asam gelugur, garam dan gula.
  6. Setelah kuahnya sedikit pekat, tutupkan api dan hidangkan.

6 comments:

ain said...

akak pun msk kari sadin jumaat lps. sedap kannn..!!!!lg2 klu ada ikn kering..kawww!!!

sunkist said...

the curry looks soooo tasty! nasib baik dh makan.. ;)

ish said...

kalau makan ngan roti ni mesti sedap kan dayang....

dayang_jack said...

k.ain, mmg sedap tuu...ikan kering lak tlupe nk beli...hehe

dayang_jack said...

ida, mmg sedaap, nanti try wat tau...

dayang_jack said...

ish,hehe...teringat roti arab...terus terliuk...huhu