Monday, January 30, 2012

Kek Lapis Cheese Pesona

Assalamulaikum dan salam ceria buat semua pembaca...

Baru dpt bersiaran semula...adehh..mcm biasalah, DJ agak bz sket kebelakangan ini sampai tak cukup masa nk update blog dan blogwalking. Masalah line internet pun satu hal. Asyik2 DC jer...bersabar je laaa. Apa2pun DJ berterima kasih atas kesudian semua pembaca berkunjung ke sini dan meninggalkan jejak. 

Ok...Kali ni nk share satu resepi chilled cake yg sungguh mudah dan sedap. Dah pernah rasa kek sebegini time raya puasa tahun lepas. Masa tu my sister la yg buat seloyang besar...tapi menggunakan biskut keju. Waduhh2..mmg sedap sangat. Cuma tu lah,  kek tu cepat sgt cair setelah dikeluarkan dari peti sejuk. Mmg nk kena makan cepat2...

Kali ni DJ mencuba resepi dari Ryo pulak. Dari hujung tahun lps lagi terasa nk buat tp asyik2 tertangguh jek.  Ramai yg dok asyik tayang kek ni..huhuh..mmg jeles dakuu.....dah tak dpt nk sebut nama satu2 sb hampir kesemua blogger masakan dah pun mencuba resepi sedap ni. Tapi sebenarnya kan DJ mmg berpuasa dp memakan keju selama 2 bulan. Maklumlah berat dah semakin bertambah masa tu, kenalah reduce lemak dulu. Berjaya jugak akhirnya...hehe. Baru2 ni bila dah sampai seru, barulah DJ buat. Terima kasih ye Ryo sb sudi berkongsi resepi mabeles ni. Akan tetapi...nk minta maaf dulu kat Ryo sb akak ter'derhaka' pd resepinya. Akak tambah dua bahan mengikut citarasa akak....hehe. Bahan2 tersebut ialah butter dan susu tepung. ..hehe..sabar je lah...mula2 ingat nk letak nestum kisar je tapi  stok tu dah habis pulak...huhu

Alhamdulillah...beginilah kejadiannya. Kek ni taklah cair sgt bila dah duduk kat luar dari peti sejuk. Seronok sgt bila impian dah tercapai. Lain kali nak buat lagilah. Mungkin akan menggunakan biskut lain pulak. O ya, biskut ni DJ celup dgn air nescafe suam jer. Memang terasa sgt aroma kopinya...ala2 tiramisu gitu bak kata kak Nor (maklumlah sama citarasa kan kak?..hehe)...mmg best! Thanks Ryo.

Apa2pun, bahan2 yg DJ tambah tadi adalah mengikut citarasa DJ ye. Kalau ada sesiapa nk ikut, silakan. Tapi resepi yang Ryo kongsikan ini mmg cukup sedap! Jom kita semak!...

Kek Lapis Cheese Pesona 
sumber : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan2: (Saiz 9x9)

A: 
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE) 
  • 500 ml susu segar,dipanaskan (DJ menggunakan air nescafe) 

B:
  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura) 
  • 10 ml susu segar 
  • 1/2 cawan gula halus (DJ guna gula icing 1/3 cawan) 

Caranya :
  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati 
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair 
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan 
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper. 
  5. Panaskan susu segar,padamkan api. 
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw) 
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan 
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi 
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir. 
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..) 
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong. 

Bahan yang DJ tambah :
  • 125 butter (dilembutkan)
  • 1/2 cawan susu tepung (DJ guna jenama Fernleaf)
Caranya ialah : Putar cream cheese bersama butter hingga kembang. Kemudian dimasukkan gula dan putar lagi hingga sebati. Seterusnya dimasukkan susu segar dan susu tepung. Putar lagi hingga sebati. Selebihnya ikut step di atas.

Sedapnyaaaaa!

Tuesday, January 24, 2012

Butter Bread Pudding




Alhamdulillah....akhirnya sampai gak seru nk buat bread pudding. Waduhh2x!...bukan main sedap lagi rasanya...sampai tak hingat dunia dah haihh....maklumlah buah hati pengarang jantung...dah berkurun lama tak buat. Sebenarnya tak susah pun nk buat...kali ni apa shj yg ada di depan mata, DJ bedal jek...janji jgn dimasukkan kicap. sos cili, sos tiram, belacan...udah lerr...hahaha.


Biarlah gambar saja berkata2 ek...letih dah upload gambar dr siang tadi dgn line tenet lagi satu hal...meragam plak dia hari ni. Sabar je laa...

Hmm..apa2pun jom kita semak resepinya dulu ek...rakan FB pun tak sabar nk tengok resepinya...adehh. Jangan tengok jek...mesti buat ni tau..heheh. Puding ni agak special sket, sb ada campuran pisang, kismis, dan juga menggunakan peanut butter. Tp kalau tak ada bahan2 tu, nak ganti dgn yg lain pun boleh, misalnya srikaya, atau serbuk badam dsbnya... 

Sesiapa yg berminat, bolehlah cuba. Terima kasih sudi singgah... ^__^
Butter Bread Pudding
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan : 4-5 orang makan
  • 8 keping roti
  • 2-3 biji pisang ranum- dihiris nipis
  • mentega secukupnya
  • peanut butter secukupnya
  • chocolate rice / chocolate chips secukupnya
  • kismis secukupnya
  • sedikit parutan kulit oren sunkist - optional
Bahan A :
  • 2 cawan susu segar/susu cair
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 3 biji telur 
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B :
  • 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis* - optional
  • 1-2 sudu besar gula perang/pasir * (satukan kedua-dua bahan ini)

Cara-cara :
  1. Bahan A : Pukul telur bersama gula hingga hancur dengan whisk. Kemudian masukkan susu segar/susu cair dan esen vanilla. Kacau sebati. Ketepikan.
  2. Sapukan roti dengan mentega dan peanut butter.
  3. Potong roti kepada 4 bahagian.
  4. Sementara itu, lengserkan bekas/mangkuk tahan panas dengan mentega. Kemudian susunkan roti dan hirisan pisang seperti dalam gambar. 
  5. Taburkan dengan sedikit chocolate rice dan parutan kulit oren jika suka. Lapiskan lagi dengan kepingan roti dan pisang yang sudah dipotong mengikut citarasa sendiri. Buat hingga habis. 
  6. Setelah itu, tuangkan bahan A tadi sehingga rata. Taburkan chocolate rice, parutan kulit oren, kismis dan juga bahan B. 
  7. Biarkan sebentar sehingga ia serap. Sementara itu sediakan dulang yang berisi air panas. Letakkan bekas/mangkuk roti tadi di tengah-tengahnya.
  8. Bakar selama lebih kurang 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160C. 
  9. Setelah masak, bolehlah dihidangkan samada panas atau sejuk. 



Beginilah kejadiannya selepas dibakar. DJ lebih suka makan panas2. Kalau dah sejuk, DJ panaskan semula. tapi takdan pun nk panas berkali2...sb sudah habisss...hehehe

Sedaaaappp!