Thursday, November 24, 2011

Kuih Bakar Kentang...lagi




Ini dah masuk kali kedua buat kuih kentang. Menggunakan resepi yang sama. Rujuk DI SINI. Yg sebelum ni DJ buat versi pandan marble. Kali ni ikut yg resepi asal dan sama sukatan dgn kak Sheila. Tq sekali lagi kpd empunya resepi, kak Jun, kak Sheila, k. Asma, Izah, Noorsha, kak Nor dan semua yg lain kerana telah mempromosikan resepi sedap ni. DJ asyik buat kuih je sejak dua menjak ni...dah musim agaknya. Kalau dah habis musim nanti rasa2nya setahun tak buat kot...hehehe.

Ok, kalau nk resepi, sila rujuk link yg DJ bagi tadi ye. Boleh juga singgah ke dapur2 rakan blogger yg lain. Hasilnya mmg cantik, menawan dan sedaaaap!


InsyaAllah lepas ni ada satu lg entry baru. Kalau line internet ok, bolehlah share. Terima kasih kpd yg sudi singgah dan tinggalkan jejak. Harap jgn ada yg berkecil hati sekiranya DJ x sempat nk jejak balik atau reply komen yg diberikan (DJ hargai sgt2 kalau ada yg sudi komen...thanks a lot). Actually DJ x berapa happy dgn line internet yg DJ guna skrg ni. Skjp2 ok skjp2 tak...i'm so tired & depressed! ...Apa2pun terpaksalah bersabar dulu. Bersusah2 dahulu...bersenang2 kemudian...

Wednesday, November 23, 2011

Roti John


Kdg2 penat memikirkan menu makan pagi ni kan...takkan asyik2 nasi lemak, mi goreng, nasi goreng. Alih2 benda tu gak buat. Haihh...mmg jemulah kalau hari2 masak benda yg sama. DJ kan, sebelum tidur, DJ kena fikir dan set dulu apa nk dimasak utk sarapan esoknya. Selagi tak dpt idea, selagi tu lah takleh nk lelapkan mata....

Oklah, roti john...adalah salah satu hidangan kegemaran anak2 DJ. Penyediaan yg amat mudah tetapi sangat sedap dan memikat selera. Dah pernah tayang resepinya sebelum ni...DJ tuliskan semula resepi berserta langkah-langkahnya sekali di sini supaya senang nak rujuk. 

Jom kita layan.....

Roti John Mudah
resepi : DJ@DapurKu SaYang

bahan-bahan : untuk 1-2 orang makan
  • 2 keping roti hotdog (dibelah dua tapi jangan sampai putus. Sapukan dengan sedikit mentega jika suka)
  • bahan inti :
  • 2 keping beef/chicken burger (direbus sampai lembut dan dilenyek)
  • 2-3 biji telur (dipukul sedikit)
  • 1 sk serbuk cili
  • hirisan bawang besar/Holland
  • hirisan daun sup
  • 1/2 sudu makan sos cili
  • sedikit garam jika perlu (DJ x letak)

Cara-cara :

Satukan kesemua bahan inti di dalam mangkuk dan kacau sebati.


Panaskan sedikit mentega/minyak masak di dalam kuali leper. Kemudian dadarkan adunan telur tadi.

Tekapkan roti di atasnya sebaik sahaja telur hampir kering. Angkat dan terbalikkan roti. Kemudian hiaskan dengan hirisan kobis, bawang besar, tomato, sos cili dan mayonis. Ikutlah citarasa masing-masing.

Lipatkan roti dan potong beberapa bahagian.


sedia untuk dimakan...